Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Thursday 15 December 2011

ternyata kaumku menyanjungi kaummu

Assalamualaikum...

"TERNYATA KAUMKU MENYANJUNGI KAUMMU" ??


Title ni kadang kadang membuatkan aku semakin keliru dengan kaum wanita. Yes, I know, women can live without man, RIGHT? Tapikan, ada yang sebaliknya.


Contohnya, kebanyakkan wanita boleh hidup berdikari tanpa bantuan lelaki, SEKALIPUN. Disitula, aku sebagai wanita sangat berbangga sebab dikurniakan sebagai seorang perempuan (: . Bila bercakap tentang ni, tetiba aku teringat akan seseorang yang aku sayang dan masih bersama dengan aku, that person is "MA", mak kepada umi aku.




Dah nak masuk 4 bulan, arwah abah meninggalkan kami sekeluarga membuatkan keluarga kami terasa akan kehilangan arwah. Alhamdulillah, sekarang kami dah terima qodo' dan qodar Allah S.W.T. Terima kasih kerana Engkau telah memberikan kami semangat untuk menjalani semua ni.




Selama arwah abah meninggalkan ma, aku tengok terlalu banyak perubahan keatas ma, mungkin dia sekarang masih sedih dengan ketiadaan arwah. Hilang tempat bergantung bagi seorang wanita. Suamila segala-galanya bagi mereka, tempat untuk mereka membelai dan mencurah kasih sayang mereka terhadap suami yang halal. Mengadu luahan hati, yang paling penting membahagiakan keluarga dan menjadi suami yang terbaik untuk memimpin mereka ke jalan yang diredhai oleh ALLAH, insya allah (: .




Berbalik kepada kisahku, ma sekarang kurang sihat. Pernah sekali terdetik dihati aku yang dalam, sewaktu selepas aku ruku' dan mengangkat takbir, tetiba terlintas tentang ma, aku takut akan kehilangan orang yang aku sayang untuk kali ke-2. Ye, aku tahu, hidup mahupun mati semua telah tertulis sejak kita dilahirkan lagi. Apa yang aku terlintas sewaktu aku solat, ialah, ma berperangai 
"pelik" sebab, mungkin hidup ma mungkin tak lama, just tunggu masa, Ya Allah! Sebab arwah dulu, memang macam tu sebelum meninggalkan kami.




Apa yang "pelik" yang berlaku keatas ma ialah, memakai subang emas, cepat naik marah, kurang mengambil berat tentang pemakanan, teringin nak keluar pegi jalan-jalan. Masya allah, ampunkanla dosa-dosa kami Ya Allah. 




Alhamdulillah, hari ni, jahitan yang terbuka pada kaki ma telah pun dijahit semula, harap, kaki ma cepat sembuh (: . 




Begitu pentingnya kaummu bagi kami, kaummu telah membuat kaumku sedar akan ketiadaanmu, kelak. Kami hargai kaummu, harap, kaummu pun sebaliknya. Mungkin kami boleh hidup tanpa kaummu, tapi terlalu tinggi risikonya untuk kami lakukan semua tu, dan itu adalah satu ego bagi aku jika kaumku menolak kaummu.






p/s: berikan aku pendamping hidup yang dapat memimpin aku ke jalan syurgaMu, insya allah.

No comments:

Post a Comment