Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Sunday 3 March 2013

inspirasi kehidupan.

Assalamualaikum

So long saya tak update blog saya ni. Dah hampir setahun, maklumlah, busy dengan kerja harian. Sekarang saya tengah tunggu result SPM, ya ALLAH, hanya Dia yang tahu macam mana perasaan saya sekarang ni, berdebar, takut, everything lah. 

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, masa telah mematangkan jiwa saya. Ia mengajar saya erti kehidupan yang betul-betul dipanggil "a natural life". Hidup kita ni penuh dengan cabaran, dugaan, apa yang penting, ketabahan hati untuk menerima segala yang berlaku dalam kehidupan yang singkat tapi penuh dengan makna yang tersendiri.

Perasaan? Kenapa dengan persoalan tu? Adakah ia masih menyelubungi saya lagi? like someone said, lets by gone, be by gone. Setiap kehidupan yang kita jalani, pasti ada kisahnya yang tersendiri, yang duka mahupun suka. Ingat, bila hati terluka, minta bantuan dari Allah, agar ia dapat dipulihkan kembali, jika suka, tadahkan tangan dengan mengucap kalimah syukur terhadapNya.



Perwatakan? Jika pada haiwan mempunya watak, apatah kita, sebagai hamba Allah, kan? Manusia ni, banyak ragamnya. Ada yang baik, ada yang jahat. Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. kan? Manusia, jika diajar dengan sifat mahmudah, insyaAllah, anggota badan serta hatinya, takkan sekali-kali melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, jika mazmumah yang dipilihnya, gelaplah hatinya untuk berbuat baik.




Cinta? Indahkan perkataan ni jika kita betul-betul memahami perkataan tu. Tapi malangnya, tak seramai yang disangka untuk memahami perkataan tu. itulah perkara yang paling diinginkan oleh manusia. Ada yang sanggup menunggu lamanya, kerana CINTA, ada yang sanggup korbankan diri demi CINTA, ada yang sanggup membutakan hati, kerana desakan CINTA. MasyaAllah, indahnya ia, kan? ingat, apa yang penting, CINTAIlah manusia kerana Allah, kerana, cinta kepada manusia tidak kekal, sebaliknya, cinta pada Allah yang harus sentiasa kita mengharapkannya.


                                                   betulkan apa yang saya cakapkan tadi?

So, renungkanlah, dan selamat beramal. okaylah, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment