Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Thursday 18 April 2013

Hey! Cuba kenali diri korang semua dengan ni haaahhh!

Assalamualaikum.



 Hye? Semua, sihat kan? Alhamdulillah, aku pon sihat jugak. Sayang apa khabar denganmu, disini ku merindukan kamu. Hahaha! LOL. Sorry, terlebih sudah.



 Actually, semalam aku ada baca magazine RATNA, truly, memang banyak sangat benda yang berfaedah dalam tu. Korang cubalah beli kalau rasa menambah ilmu. Hee.


 Okay okay, actually, benda ni main-main je, tak perlulah nak percaya sangat. Apa yang penting, tetapkan pendirian korang semua, jangan mudah percaya sangatlah dengan benda yang remeh-temeh macam ni. Ni semua just for fun. Okay?



 Cuba korang kenali diri korang dengan TARIKH LAHIR ni. Pernahkah korang terfikir bahawa tarikh lahir korang semua sangat berkait rapat dengan personaliti, potensi dan bakat korang? Adakah korang pernah mencuba kaedah ini? Sebenarnya, tarikh lahir menerangkan SIAPA DIRI korang , serta kelebihan dan kekurangan korang. Try it! Huhu.



 For example,


26 oktober 1995
26 + 10 + 1995
2 + 0 + 3 + 1
6


6 adalah Nombor Lahir korang. Get it? Okay, bagus. Sayang korang. Jom kita main-main dalam ni sambil mengenali diri kita. Yeahhh, give me five sikit! Paappppp! Hahaha.



 1.. TULEN * Elemen Besi.

 Korang adalah seorang yang berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Apabila berdepan dengan konflik, korang selalu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea baru. Anda sangat jujur dalam perhubungan korang dan korang pandai berunding untuk menyelesaikan masalah. Korang mempunyai cara tersendiri untuk capai sesuatu target. Korang lebih suka bekerja sendiri dan sangat suka menjadi pemimpin.



2.. PENDAMAI * Elemen Air.


 Kelebihan korang ialah pada suara. Bukanlah korang pandai menyanyi, tetapi korang mudah didengari kerana personaliti korang yang sentiasa dihormati. Korang sentiasa memikirkan tentang perasaan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri. Korang jugak selalu mengikut gerak hati, tetapi tidak terlalu mengikut emosi. Korang suka bersosial dan mudah untuk didekati. Kelemahan korang ialah korang sukar untuk membuat keputusan jika korang diberikan pilihan. Penyelesaiannya, korang boleh berbincang dengan orang yang tersayang tentang apa jua isu.



3.. CERIA * Elemen Api.


 Korang adalah seorang yang sangat kreatif, mesra,romantik, berfikiran terbuka, dan mudah untuk dibawa berunding. Korang suka mengembirakan orang lain dengan lawak jenaka. Korang sangat popular dalam komuniti korang kerana sifat humor yang ada pada diri korang. Haaa, perasan lah tu. Haha, kidding jer sayang.



4.. KONSERVATIF * Elemen Kayu.


 Korang bukanlah kolot, tetapi amat mementingkan adat dan berfikiran secara tradisional. Korang tidak ada masalah untuk menerima sebarang arahan, kerana korang adalah sangat bertanggungjawab. Korang selalu belerja keras dan tidak kisah jika terpaksa selesaikan kerja berseorangan. Korang adalah orang yang penyabar, tekun, dan tetap pendirian. Wahhh! hebatlah korang ni. Bagus-bagus. Hee.



5.. PERINTIS * Elemen Tanah.


 Perintis bermaksud korang sentiasa mengambil peluang yang ada untuk lebih maju dalam hidup. Korang sukakan cabaran, risiko dan sifat ingin tahu korang sangat tinggi sehingga korang akan memaksa diri korang untuk memahami sesuatu dengan mendalam dan menyeluruh. Korang tidak suka jika ada masalah yang timbul hingga menyekat pergerakan korang. Korang juga sentiasa memerhatikan sekeliling korang untuk tidak melepaskan sebarang peluang yang korang ada. Tidak ada masalah untuk korang menyelesaikan kerja walaupun di saat akhir.



6.. ROMANTIK * Elemen Besi.


 Seperti sifat besi, korang cepat "panas" dan jugak cepat "sejuk". Perasaan dan emosi korang sangat mudah tersentuh kerana korang adalah orang yang sensitif. Bagi korang, hubungan kekeluargaan sangat penting. Korang sanggup berkorban untuk keluarga dan sangat setia dengan pasangan korang. Korang boleh jadi teman yang sangat setia dan selalunya korang akan ambil serius terhadap hubungan persahabatan. Wuu! amazinglah korang ni.




7.. INTELEKTUAL * Elemen Air.


 Korang adalah seoarang yang amat tenang dalam apa jua keadaan. Keputusan korang selalunyatidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Korang sangat berpengetahuan dalam bidang yang korang minati. Perkara yang korang paling minati ialah bidang yang memerlukan kemahiran teknikal. Korang sangat berahsia, suka mempersoal tetapi tidak suka dipersoalkan. Amat malang sekali korang suka hidup bersendirian dan tidaksuka bersosial. Keluarlah untuk bergembira! Luangkan masa dengan rakan-rakan untuk mempelajari teknik komunikasi dan kemahiran bersosial.




8.. PENYELESAIAN MASALAH * Elemen Api.


 Korang sentiasa dijadikan "rujukan" untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Korang mempunyai hati yang sangat baik dan suka menolong orang lain. Korang suka berterus terang, tegas, dan jujur. Korang agak cerewet , tetapi sifat itu bukanlah sesuatu yang negatif kerana korang cerewet untuk memastikan kehidupan korang hebat dan bahagia. Korang menggunakan cara korang yang tersendiri untuk menunjukkan kepimpina korang. Korang pandai menguruskan tekanan, dan pandai juga memberi tekanan positif kepada orang lain.




9.. PENGHIBUR * Elemen Kayu.


 Korang mempunyai kebolehan untuk menghiburkan danmenceriakan orang lain dengan sifat humor, penyayang dan pemurah. Korang juga suka bergaul dan bersosial. Daya tarikan pada diri korang membuatkan orang lain selesa untuk bersama korang. Kelebihan yang ada pada diri korang ialah korang mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan situasi. Kekurangan korang ialah korang sukar untuk diduga kerana korang mempunyai personaliti yang berbeza untuk setiap situasi sehingga menyukarkan orang lain untuk memahami perasaan sebenar. Fuyow~




 Haa, dah dapat mengetahui siapa diri korang yang sebenarnya? Hahaha, jangan nak percaya sangatlah dengan benda ni semua. Hee. Okaylah, selamat mencuba. Assalamaualaikum. bye.


No comments:

Post a Comment