Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Sunday, 10 March 2013

anti-kucing

Assalamualaikum.

Teringat waktu kecik-kecik dulu. Yang masih dipandang oleh masyarakat sebagai budak hingusan. Mana tak nya, kalau petang menjelang je, terus pergi rumah ke satu rumah kawan, nak invite main lah konon-kononnya.

 Nak dijadikan satu al-kisahnya buat aku pada zaman kecik comel dulu. Ada sorang mak cik nih merayau satu kampung. Entahlah, apa masalah dia aku pon tak pasti. Aku pon curi-curi dengar dengan sekumpulan cilik kawan tu apa yang dibahaskan antara mak cik tu dengan jiran sebelah rumah aku.

   jiran: "kau cari apa tuh? Dari tadi lagi, macam orang tak waras je."

   mak cik: " haishh! macam mana tak jadi macam orang tak warasnya? Kucing kesayangan aku hilang."

   jiran: "laaa, ingat ke apa. Kucing je kot. Alahai~"

 Ahaks! Nak tunjuk prihatinlah katakan, kan? (lakonan dimulakan) Akudengan geng aku, turut menjejaki kaki ke seluruh kawasan kampung kitorang, semata-mata nak cari kucing mak cik yang entah pape entah.

 Beberapa minit kemudian, aku lah yang the first one terjumpa kucing tuh. Mak aiii, cantik bagai, berbulu putih, betina kot. Siap ada loceng dekat tekak tu bagai. Hahaha. Comel je nampak.

 Mau hati aku tak rasa bangga sebab aku orang pertama dapat jumpa kucing tuh. Nak dijadikan cerita, baik punya kucing tuh, saat aku nak capai dia, dia perhatikan aku dengan lirik mata yang amat menakutkan, nak tunjuk dia tu garanglah konon-kononnya. Aku masih lagi tak faham apa maksud tersirat kucing tuh.

 Lepas tu, aku dukung dia, rasa aku ni makin tenang, rasa dunia ni, aku yang PUNYA!, tapi, itu sedetik je, tak jauh sangat. Kenapa? Huhhh, sebab, kucing tu dah mula buat perangai, bunyi ngauman dia, alamak, macam nak gigit aku je, punyalah badan dia tu berat, dia menggelepar macam nak lari.

 Aku tak lepaskan, sebaliknya, aku dukung dia, seerat yang aku mampu.

 "Aaarrrrrr!! sakitnya!"

  Gedebubbb, bunyi kucing tuh jatuh dari pelukan aku. Mak aiiii, yang jerit kuat bagai nak pecah satu dunia tu, aku lah. Reasons? Hmm, kena gigit. Gigitan dia macam hantu drakula, yang hisap darah tu. Rasa macam nak cekik je kucing. Tapi. terselamat, pasal, dia terus melulu ke mak cik empunya tu. Nasib tak menyebelahi aku.

 Bengkak, biru lengan aku digigitnya. Kalau dia tu human, dah lama dah aku mintak insuran. Hishhh.Sial punya kucing.

 Pergi hospital, diperli pulak dengan doktor. Haishhh, apakah malang sungguh nasib aku hari tu. Sampai sekarang, gigitan tu, masih ada lagi melekat dilengan aku. Maybe bagi dia tu, tu ciuman special kot. Hahhh, banyak lah kau punya special. Huhhh.

 Rasa fobia kalau nak ada teman, lebih-lebih lagi dengan kucing. Mintak jauh lah. Hahaha.


p/s: berhati-hati dengan kucing, jangan tertipu akan manjaannya terhadap kita. Itu semua tipu helahnya!