Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Sunday 18 December 2011

berhenti menghantui hidup saya

Assalamualaikum

Hey awak! Dah dah la tu kacau or singgah dalam hidup I! I penatla nak layan semua kerenah you! You paham tak? I pon ada perasaan la. Yes, I know, I dah banyak sakitkan hati you, but, I tak sengaja buat semua tu. Semua tu demi kebaikan hubungan kta jugak.


Maafkan I sebab tak bagi reason yang munasabah saat I tinggalkan you. Sekarang, bayangan you selalu je berlegar dalam ingatan I. What should I do? I nak you and I macam dulu, I mean, kawan, tak lebih dari tu. I sayang you, and you know it.


You selalu timbul bila I lupakan you, and you're gone when i need you. Why sayang?! why!!? You lelaki paling baik yang penah I kenal and jumpa. I memang orang beruntung sebab dapat kenal you dengan lebih rapat, but, I pon takthu kenapa hubungan kita tak dapat bertahan dengan lama sepertimana, yang diingini setiap pasangan kekasih, im so sorry dear. I tak dapat penuhi permintaan you.


Hope, you will find another girl better than me, insya allah. Just open your heart to accept her love. You will happy. (:.

Thursday 15 December 2011

for the first time I flying through the air

Assalamualaikum.

Ni nak share story a little bit, ahaks! Hahaha, dah baca ke belum title nun diatas sana? Hope, bacala okay? First time I naik flight, mestila excited sikitkan? Kalau you lakukan benda tu untuk kali pertama mesti you akan rasa teruja, RIGHT? so, same like me la kan?

Okay, after I masuk je terus dalam kapal terbang tu kan, rasa macam "okay, biasa je? nothing... errr". And then, I duduk, baba I cakap, "baba tukar airplane ni, dari firefly ke mas". Sebelum terbang keudara, ada seorang anggota anak kapal ni cakap "Maaf encik faisal erk? hm, adakah anda sudah dimaklumkan bahawa tiada pesanan makanan yang akan diterima oleh anda?". Baba I pon terus cakap " ye, saya dah tahu" . Dia pon cakap, " okay, terima kasih". Dan satu senyuman dilontarkan kepada kami. Hikhik..


Dalam 10 minute, macam tu la, datang sorang peramugari yang "lawa" la jgk. Dia tolong bukakan meja untuk hidangkan makanan. Cop! berhenti! Rasa I mana ada makanan yang akan diterima untuk I dengan baba. Okay, teruskan. I pon apa lagi, buka jgk la meja tu. And then, dia bagi makanan. I terkejut la. Best tau makanan dia, pai satu, and dessert. Yum yum! Pastu sorang anak kapal ni pon datang, makanan yang lebih. I pon berunding dalam hati kecil ni, rezeki jangan ditolak beb! Alhamdulillah.


Sambil menikmati hidangan yang menyelerakan, pandangan I terlepas sekejap kat luar jendela kapal terbang tu. Betapa besar kekuasaan ALLAH S.W.T tu. Awan berarakan, tebal, macam kapas, keputih-putihan. Baba I pon bagi air nescafe, I pon apa lagi minum je la. After I minum tu, paras I pandang kat sebelah jendela tu, sambil mata terperit perit, lidah terjelir akibat air tu tadi. Dalam hati I membentak, harap muka je cantik, buat air pon tak pandai. Sebenarnya, I dengki dengan dia sebab.... HAHAHA! secret doe!


Sesampai saja I di KL, I naik train plak, letih plak rasanya, so I tertidur dalam train. Aduhai! Penatnya.Sampai kat tempat yang nak dituju, terus keluar pergi cari pak sedara I (ayoh we). After jumpa dia, terus hantar baba kat rumah kawan, dan I? I plak pergi rumah mak ngah. Sampai kat sana, I terus pergi rumah sebelah, pergi makan. Cop! mulut tu jangan terlalu lezer okay? Rumah sebelah tu, rumah pak sedara I jgk, dia yang pelawa I pergi makan, HAHA.

ternyata kaumku menyanjungi kaummu

Assalamualaikum...

"TERNYATA KAUMKU MENYANJUNGI KAUMMU" ??


Title ni kadang kadang membuatkan aku semakin keliru dengan kaum wanita. Yes, I know, women can live without man, RIGHT? Tapikan, ada yang sebaliknya.


Contohnya, kebanyakkan wanita boleh hidup berdikari tanpa bantuan lelaki, SEKALIPUN. Disitula, aku sebagai wanita sangat berbangga sebab dikurniakan sebagai seorang perempuan (: . Bila bercakap tentang ni, tetiba aku teringat akan seseorang yang aku sayang dan masih bersama dengan aku, that person is "MA", mak kepada umi aku.




Dah nak masuk 4 bulan, arwah abah meninggalkan kami sekeluarga membuatkan keluarga kami terasa akan kehilangan arwah. Alhamdulillah, sekarang kami dah terima qodo' dan qodar Allah S.W.T. Terima kasih kerana Engkau telah memberikan kami semangat untuk menjalani semua ni.




Selama arwah abah meninggalkan ma, aku tengok terlalu banyak perubahan keatas ma, mungkin dia sekarang masih sedih dengan ketiadaan arwah. Hilang tempat bergantung bagi seorang wanita. Suamila segala-galanya bagi mereka, tempat untuk mereka membelai dan mencurah kasih sayang mereka terhadap suami yang halal. Mengadu luahan hati, yang paling penting membahagiakan keluarga dan menjadi suami yang terbaik untuk memimpin mereka ke jalan yang diredhai oleh ALLAH, insya allah (: .




Berbalik kepada kisahku, ma sekarang kurang sihat. Pernah sekali terdetik dihati aku yang dalam, sewaktu selepas aku ruku' dan mengangkat takbir, tetiba terlintas tentang ma, aku takut akan kehilangan orang yang aku sayang untuk kali ke-2. Ye, aku tahu, hidup mahupun mati semua telah tertulis sejak kita dilahirkan lagi. Apa yang aku terlintas sewaktu aku solat, ialah, ma berperangai 
"pelik" sebab, mungkin hidup ma mungkin tak lama, just tunggu masa, Ya Allah! Sebab arwah dulu, memang macam tu sebelum meninggalkan kami.




Apa yang "pelik" yang berlaku keatas ma ialah, memakai subang emas, cepat naik marah, kurang mengambil berat tentang pemakanan, teringin nak keluar pegi jalan-jalan. Masya allah, ampunkanla dosa-dosa kami Ya Allah. 




Alhamdulillah, hari ni, jahitan yang terbuka pada kaki ma telah pun dijahit semula, harap, kaki ma cepat sembuh (: . 




Begitu pentingnya kaummu bagi kami, kaummu telah membuat kaumku sedar akan ketiadaanmu, kelak. Kami hargai kaummu, harap, kaummu pun sebaliknya. Mungkin kami boleh hidup tanpa kaummu, tapi terlalu tinggi risikonya untuk kami lakukan semua tu, dan itu adalah satu ego bagi aku jika kaumku menolak kaummu.






p/s: berikan aku pendamping hidup yang dapat memimpin aku ke jalan syurgaMu, insya allah.

Wednesday 14 December 2011

JANGAN terlalu ikutkan PERASAAN sayang

Assalamualaikum!

aish!
arituh dah kena tegur dah kt SOMEONE. dia cakap " cuba bg salam elok elok tkblei ke?" Okay, sorry. Repeat balik erk?

Assalamualaikum..

Kan elok tu...
Hee

Kat dalam kepala otak I ni macam macam yang nak difikirkan, lastly, HAMPEH! Apapon tak blei. Haha. Okay, firstly, I nak minta maaf kat sape sape yang penah I benci kat dia dulu, yang beuntungnya, tuan yang I benci tu, tak tahu menahu pon, yang I ni BENCI TAHAP GABAN kat dia. Entahla, I pon taktahu kenapa I benci sangat kat dia sampai tahap macam tu sekali, sedangkan dia takde buat papepon, HENTAK I? lagi la tak masuk akal, tak penah pon.


Okay, kenapa erk agak agaknya? Bagi I la kan, maksud I sebab kenapa I benci dia. I tengok diakan, macam sombong gila kat sekolah, tak penah nak senyum bila selisih dengan I. Sampai satu masa tu, I cuba and I trying give to her a little bit SMILE, but hampeh! Langsung tak dilayan, dalam masa yang sama memang I rasa terhina nak MAMPUS! Nak kata dia tu HOT macam pisang goreng, tak pon, biasa saja, macam ice-cream yang baru dikeluarkan dari peti ice. Hahahahaha!


Bukan I nak mengutuk dia, tapi dah lama dah I "duk" tak tahan dengan PERANGAI dia tu, Kadang-kadang naik menyampah jgk. Dia bagi senyuman pon, kat calang-calang orang je, macam "SI DIA" tu. Yang paling penting kat "LELAKI" tu. Okay, i trying to think positive, properly.


Yes, I know, memang tak semua orang suka dengan kita, RIGHT? Yela, siapala I nak kawan dengan dia, kan? mana nak layan budak ribena macam I ni kan? Pendek kata BUDAK HINGUSAN, kan? kan? kan?!!!! Gunung berapi I dah nak meluak keluar dah ni!


Edlina! Back to normal, okay? Manusia, tak sama, macam perangai ada, jenis suka dengki dengan orang, jenis suka maki hamun kat orang sesuka hati, Mak aiii! Mintak jauh la dengan semua tabiat macam tu. ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM (:


Jenis I ni pelik sikit, suka buat muka senyum kat orang. Susah nak buat muka marah, lainla kalau time ada masalah, alah! Biasala tu kan? Tak kirala, orang tu kenal I or sebaliknya, I tetap beri senyuman, macam ni hah "(:". Sweet, right? Sebab, kata ustazah and ustaz I, "SENYUM ITU SEDEKAH". So, tak salahlakan, kalau I lakukan semua tu kan? HEE


Apa apa pon, hope, Allah bukakan hati dia suruh derma sikit senyuman dia tu, Insya Allah, akak (: . Hidup ni, jangan terlalu sombong dengan orang, tau?! Tiru macam I ni, always smile, walaupon orang tak suruh. HAHAHA!


P/S: im waitting for your smile. Hope, you will smiling like you smiling for HER nad HE. May ALLAH bless you, akak (:

i just got one new song :')

Assalamualaikum!

Huh! nak menaip secara jujur sikit blei tak? Ni mesti nak cakap yang I selama ni tak penah jujur menaipkan? Alah, tak payah nak elak diri la. Hahaha, takla, gurau je. Bukan apa, satu hari suntuk, I tak ber-blog semalam tau. Tak rindu I ke? Hahaha...

Bukan apa, kelmarin terpaksa tergesa-gesa pergi tidur rumah nenek sebelah baba, sebab kat rumah dia takde orang dah sekarang, dah macam takde penghuni plak rumah tu. So, I decided untuk pegi jugakla, biar walaupun 1 hari setengah. Haaa.. ni mesti nak cakap yang I ni cucu yang baik kan? Alah! boringla dengar perkataan tu, memang sejak lahir lagi yang I ni memang baik. Ops! sorry, terlebih sudaaa (:

Alah, sekali sekala habiskan cuti tolong nenek kt rumah, apa salahnyakan? By the way, I saje je update I punya blog. Kesian plak lama lama tinggal blog ni, tanpa berbuat apa apa (:. And, apa yang good news nya? Fuyyow! Ilek la.. Lagu je, bukan apa apa pon. Sedang I seronok melayan blog seseorang, terdengar satu lagu yang sedikit sebanyak mencuri pendengaran I ni, membuatkan I semakin melayan lagu ni, Okay la jgk, kita layan je :).

Title : Untill I Get Over You
Artist : Christina Milian
Dicuri : Nur Fatin Edlina (: . HAHA



Woke up today thinking of you
Another night that I made my way through
So many dreams still left in my mind
But they can never come true
I press rewind and remember when
I close my eyes and I’m with you again
But in the end I can still feel the pain ­ every time I hear your name
Chorus:
The sun won’t shine since you went away
Seems like the rain’s falling every day
There’s just one heart, where there once was two
But that’s the way it’s gotta be,
‘til I get over you…
Verse 2:
Walked through the park, in the evening air
I heard a voice and I thought you were there
I run away but I just can’t escape
Memories of you everywhere
They say that time will dry the tears
But true love burns for a thousand years
Give my tomorrows for one yesterday
Just to know that I could have you here
Bridge:
When will this river of tears stop fallin’
Where can I run so I won’t feel alone
Can’t walk away when the pain keeps callin’
I’ve just gotta take it from here on my own
But it’s so hard to let go



p/s: selamat mendengar & melayan lagu diatas sana (: . peace yaw!

Monday 12 December 2011

belajar menjadi seorang yang penyabar

Assalamualaikum!


Insya allah, akan dimakbulkan nanti doaku yang nun diatas sana. Kalau baca title diatas tu, sape sape pon blei syak yang I ni jenis bukan penyabar, RIGHT? Yes, memang I mengaku memang I jenis pemarah, suka memberontak, cepat naik angin, panas baran, alah pendek kata, GARANG macam SINGA, gghhhaaauuurrrr!! Amacam takut tak? Haha!

Disebalik kegarangan I tu, ada la jgk terselit sifat penyayang, sopan-santun, friendly, suka bercanda, perangai pon masih dalam kebudak-budakan (bestla puji diri sendiri, tapi kadang kala tu, ada jgk rasa naik semput!) Hahaha.


Bagi orang yang tek kenal I memang diorang cakap I ni.. blablabla.. DONT JUDGE A BOOK BY IT COVER, okay?

Okay back to normal la kan, I ni suka buat orang sekeliling I marah tau, kalau dalam satu hari tak buat kecoh, tak sah! So, terima la I seadanya la, I pon bukanla perfect sangat. So, pandai pandaila mainkan peranan. Hahaha! Cehy! memandai je dia (I) tu.


Dalam situasi pentengkaran, Insya allah, I akan cuba sedaya upaya untuk tidak bertengkar dengan mana mana pihak pon yang terlibat dalam pergaduhan ni. Cuba memberi tindak balas yang baik biarpun, pihak tersebut masih lagi tengah bengang dalam pertengkaran ni. Biasala manusiakan, tak lari dari kemarahan. :)

Ceyh! Macam media massa plak! Apa kes?? Huahuahua. Tapi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi la kalau nak lakukan semua ni. That's all untuk kebaikan I jgk kan? I terima :)

Sunday 11 December 2011

I got one good news from HER

Assalamualaikum!

WaH! Today, I bangun awal gila, asalnya my mom yang gerakkan suruh bangun, katanya, nak suruh I teman dia keluar pegi beli nasi kat luar. Fuh! Dalam keadaan kemamai macam tu, gosok gigi pon belum, basuh muka? lagi la tak! HAHA! Ala, I tak turun pon beli nasi just "temankan" okay?

Before I "dikacau" time tisur tu kan, I ada mimpikan something tau. It's about OTEQ. Baba dia marah kat kerani rasa nya, kerani MPI la, sebab paksa nak keluarkan oteq dari sekolah MPI tu jgk, I macam tak dapat nak terima kenyataan time. Nak ENDINGkan cerita tu. I terbangun, HAHA!

After sudah I makan nasi, I online Facebook, biasala, boringla. Dalam pukul 9.04 a.m, my phone was ringing (lagu Miranda Cosgrove- Kissin you), and then, I jawab pggilan tu, from oteq, she said, she have one news, I pon tanya "Ape?". Dia pun cakap yang baba dia minta dia punya i/c and macam macam lagi la, dia tanya nak buat apa?, baba dia cakap untuk uruskan perpindahan persekolahanla. Time tu, I terkjut gila beb! And dengan berlagak tenang dia cakap, "Aku cakap kat baba aku, yang aku tak jadi pindah, berderet dia punya alasan.

ALHAMDULILLAH, diucapkan, sebab doa aku termakbul untuk bersekolah bersama and jalani hidup bersama dengan rakan rakan yang lain <3. Sweetkan, To my b, suka tak? Hm, NO COMMENT kalau cakap pasal my b. Up to you dear (:

And now, sudah muktamad keputusan I and oteq, kami tidak akan jadi pindah atas sbab sebab tertentu :). I doakan, agar kputusan SMU, smua pelajar MPI dapat keputusan MUMTAZ, insya allah :). And untuk SPM kelak. DO YOUR BEST!!


P/S: ILOVEYOUSOMUCH,KAWAN<3

pergaduhan adalah salah satu mengeratkan hubungan ?

Assalamualaikum

Haluuuu~

Entahla, I pun taktahu, dari mana asalnya title kat atas sana tuh. Terasa nak post la plak fasal ni. Kebanyakan orangkan, selalu je cakap, kalau kita kurang bergaduh dengan pasangan kita, tandanya, hubungan kita tak jauh dengan dia.

Well, I sendiri pon taktahu samada betul ke tak smua ni. I takut, lambat laun, lain plak jadinya. Bukan apa, takut pasangan kita ni lama kelamaan jadi fed up dengan situasi macam ni, asyik bertengkar je. Alah, kekal ke tak, smuanya, ALLAH yang tentukan, kita hanya merancang, RIGHT?

Kalau kita "pandai makan, pandai pandai simpanla kan?" Tapi, ada ke orang pandai simpan after dia makan tu? Ni bukan fasal makan nasi kat kedai mamat ni beb! Aduiiihhh!! Kadang kadangkan, mungkin betul jgk apa yang title tu maksudkan, maybe, dengan situasi macam ni, hubungan kita akan lebih erat.

Bukan maksud I nak suruh kita spend masa kita dengan perkara yang membebankan macam ni, tapi, cuba kita fikir secara logik, dalam masa kita bertengkar, mesti ada terselit rasa sayang kita terhadap dia kan? Rasa macam nak back up jgk hubungan kita biar jadi okay, macam biasa? Nak jgk berusaha biar lari dari pertengkaran, right?

Cuba kita renungkan, kalau kita tak penah bergaduh dalam hubungan kita, senyap, membisu je, agak agak, tahan lama tak? I could not imagine that what will happen. I just bagi my suggestion je, kalau salah dimata ANDA , maaf. Kalau boleh, situasi macam ni (bergaduh) jangan la diamalkan selalu, cukup untuk mengeratkan lagi saja, that's all, not more. (:


p/s: harap apa yang saya paparkan tadi, dapat dijadikan sebagai nasihat :)

Thursday 8 December 2011

teringat akan cinta monyet

Assalakualaikum.

Ceh! tetiba je teringat kisah budak-budak dizaman sekolah rendah. Tapi kami dah hilang contact dah. Dulu I dengan dia penah berpacaran gtu, time sekolah rendah la. After sekolah disekolah menengah, kami berpisah.

Alah, dunia ni kecil je, lambat-laun, jumpa jugak finally. Memang dah jumpa dah pun sebelum ni. Famly I dengan dia ni.. hmm, macam mana erk nak bagitahu? alah, kira ada ikatan persaudaraan jugak la dengan famly dia. Kami dapat tahu semua tu sebab, kami ada terserempak kt program "FAMLY DAY" kt Pantai PCB kalau tak silap I.

That is the first time I jumpa dengan dia, kat sana la. sebelum ni, kami tak sekolah skli lg... blabla! pendekkan story. After I form 2 klau tak silap I, diorang buat "FAMLY DAY" plak, for the second time. tempat yang sama, maybe? Entah la, I pun, dah tak ingat la sayang. Sorry :').

Tiba-tiba je rasa segan bila tengok his face, malu pon ada. Maklum la, dah besar panjang kan.. Huhu. Ada one night tu, masa tu, semua orang kalut bagi hadiah sebab ada buat pertandingan suka-suki time petang tu, I ni cepat boring kalau dalam keadaan macam tu, so I decided to go out from that place.

I pegi jalan sorang sorang, tanpa I sedari, ada someone call my name. I terkejut, takut pun ada, so I cepat cepat pusing kebelakang, and... cuba teka siapa? Haha, Of course la, mamat tu, yang penah I couple dulu. Kami berbual dari jarak yang jauh, and than he ask me something. Dia tnya I yang I ni dah berpnya ke blum so I pun ckap la yang I masih single, but, he give his smile. I pun tak pham. And after tu, blablabla!!

What ever, macam tu la story nye. okay la, I got to go now, bubye :'p.

p/s: feeling: macam kentut je. HAHA!

hidup ni jangan terlalu RIAK

Assalamualaikum..

Hahaha, rasa pelik je tetiba, tadi je bru post something, ni nak post plak ke? alaa, biasala, setiap perjalanan yang kita lalui, mesti ada ceritanya, right? Okay, talking about "RIAK" ni, hmm macam rasa naik menyampah je kalau kita ada kenalan orang yang macam ni, nasibla kan, klu siapa yang dapat? Yes, i know, human NOT PERFECT, right? Okay, insya allah, I akan tetap pegang perinsip tu.

Okay, berbalik kepada kisah RIAK ni, hm, macam ni, dia ni dulu, rakan skelas tuisyen I dulu. First time I pijakkan kaki I msuk ke dlm kelas tu and than, he is the first man yang tegur I and berkenalan dengan I, after tu, hubungan kami semakin rapat. SYOK jugak la coz bolei kawan dengan dia. Dia tu jenis sporting orangnya, tapi malu-malu kucing. Erk? macam kentut gtu. Buuuuu!!

Hahaha! Yang funny nye, I sempat la jugak menjalinkan hubungan istimewa gtu dengan dia, tapi tak lama, entahla.. tak tahu apa sebab. But, what is important, he propose me, okay? bukan I yang menggatal nak propose dia! "I tak nak la jd PERIGI CARI TIMBA, I nak TIMBA CARI PERIGI, Okay? huhu. I sanggup simpan prasaan I, dari luahkan, I nak lelaki yang gentleman, that is mean, lelaki yang mulakan dulu. MARUAH DIRI BEB!

Finally, terbongkarla rahsia yang ex I ni, PONDAN. Hahaha! Macam mana kalau I tak terkejut berut dengar semua ni? memang sah I gila. Ops! Sorry. Haha, after tu, I baru tersedar. hm, tak payah nak RIAK sangat la dengan orang especially, with me. Kalau dah tahu diri tu lembut, tak payah nak berangan la. Okay, sekarang niI bukan nak mengutuk dia, tapi dia terlebih TIP-TOP gtu. Naik MENYAMPAH!!


Itu je kot, yang nak kongsi dalam blog ni. So kita sebagai manusia mestila jangan terlalu fikirkan diri kita ni PERFECT! Lama-lama kan nanti, tak de orang nak kawan dengan kita. So, renung-renungkan dan selamat beramah :').


p/s: sambung baca novel- peace yaw! :p

Monday 5 December 2011

sebak

Assalamualaikum!

Hm, bila tengok photo kawan, rindu plak rasanya. Rasa macam nak peluk erat-erat je. Terlintas plak difikiran pasal nak pindah sekolah, hm, entahla. jadi ke tak, wallah hua'alam! Rasa sayang nak tinggalkan diorang, SEBAK pun ada.

Dah 4 tahun kitorang bina persahabatan ni, sanggup ka aku tinggalkan diorang?! Huish! Terlalu berat risiko yang aku nak tanggung ni. Kadang-kadang, rasa BODOH la plak sebab tak fikirkan semua ni. Mana nak cari sahabat sebaik macam diorang semua!???

Biasala, MARAH, SAKIT HATI, MENANGIS, KECEWA, SUKA-DUKA, PAHIT MANIS dalam persahabatan mesti akan timbul semua tu. Kalau sebaliknya, haha! Rasanya, tu bukan tanda persahabatan namanya, tapi lain ter......


                                                                  - INILAH KAMI - :')
                                                              bahagiakan bila bersama?


Sweetkan time ni?? Gembira je. sejujurnya, saya sayang awak semua auww! Walaupun, dalam hubungan kita ni, banyak perselisihan, bertengkar situ, marah sini, kami tetap digelar sebagai SAHABAT untuk selama-lamanya! :')

p/s: imissyoualotguys:')

Friday 2 December 2011

JERAM PASU! i welcome

Assalamualaikum..

Wuuuhuuu! Best-nya dapat bermandi-manda tadi. Ramai jugak orang kat sana auw, hee. Yang pasti dan lagi best, my uncle pon turut serta tau. Kitorang betolak dari pukul 2 petang lebih, mungkin, sampai kat sana pukul3 petang lebih, dalam suku macam tu la.

Mula-mula kitorang sampai tu, air tenjun kat sanakan, masih lagi slow, sopan gtu la. Hahaha! After dalam pukul 4 la macam tu, lebih kurang, sebab aku pon time tu mana pkai jam beb, air tenjun dia punyakan, makin deras, HULAMAK! Takut aku dibuatnya. And then, aku ajak la cousin aku, uncle and untie aku join sekali, kitorang ambil keputusan nak main gelongsor beramai-ramai. Hahaha! Macam kanak-kanak ribena kan?

Hah! before I forgot la kan, tadi kan, tiba-tiba je kan, pak sedara and amir cousin aku, tengoh aku dengan penuh kepelikkan la. Nak tahu sebab apa? Hahaha, Suspen je lebih ni, diorang cakap " fatin! apa benda tu kak leher tu?!" aku pon cakap " Apa?" Pak sedara aku cakap " tu lintah la!" aku dengan tanpa sedari, terus je menjerit minta tolong suruh buangkan. After tu kan, darah keluar tak henti-henti tau.

Sampai kat rumah pon, masih lagi keluar darah. Hmm, lantak dia la. Takde pape pon, kan? Rasa penat dah datang dah tanpa dijemput, so I think, i need some rest now.


p/s: okay, bubye, =D