Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Monday, 16 December 2013

New Life!

Assalamualaikum.


 Doakan agar semua sahabat-sahabat aku ni sihat. Amin. Allahu rabbi, sekian lama aku tak update blog aku ni. Rasa macam kaku pulak jari jemari ni nak taip satu-satu perkataan. Alhamdulillah, aku dan family semuanya sihat.



 Lama kan tak dengar khabar?? last update blog ni kalau tak silap aku pada bulan May. Hahaha. Baru sekarang aku dapat buka balik blog ni. Actually, tak ingat email also password nya. Hikhik. MALU --' Ingat ke, blog aku ni dah dilupuskan. Eh eh! ada ke macam tu? Hehe.



 FYI, Alhamdulillah, sekarang ni aku sambung belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, DUNGUN. Atau dikenali sebagai PSMZA. Haaa. Pernah dengar kan? Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk semester 2. Start awal bulan 12 tahun ni. Kalau nak cerita pasal poli ni, memang takkan tidurlah jawabnya. Jadi burung hantu. *krikk krikk. okay -,-



 Kalau nak bercerita tentang kawan ni, memang macam-macam yang akan timbul. Malaslah nak layan perasaan sangat. Nak fikir pon, rasa macam tak sanggup dah. Biasalah, tak semua kawan yang bleh hidup susah senang bersama dengan kita ni, kan? Am I right?? Bila dah kawan sampai sem 2, barulah keluar belang masing-masing. Hahaha. Lumrah kehidupan.



 Seriously, alam persekolahan dengan alam IPT tak sama and takkan pernah sama. Tak seronok macam alam persekolahan dahulu. Mungkinlah kot, kan?? Tak kesah lah. Janji, masing-masing dapat bawa diri masing-masing.



 Lupakan!! Ada cerita yang aku nak kongsi ni. Its about students Politeknik aku. Allahuakbar. Dalam bulan ni, dah 3 orang meninggal dunia. Tapi students lelaki lah. Untuk yang first kejadian yang menyebabkan maut tu, accident kat depan poli aku je. Kat depan tu memang selalu sibuk sebab ada traffic light. Hmm, lelaki.. biasalah.. naik motor laju-laju, pastu tak sempat nak break lah apa lah. Tapi nak buat macam mana, ajal dia dah sampai. Berserah je lah. Actually, dua orang students lelaki yang accident dengan kereta apa entah. Kereta tu laju kot, so tak sempat nak break bila si lelaki ni nak masuk lorong ke arah poli. Sorang tu mati ditempat kejadian, hmm, baru sem 2 kot. Budak Terengganu katanya. Entahlah, aku pon tak pasti. Yang sorang lagi tu dapat diselamatkan, Alhamdulillah, tapi koma katanya.





 Hmm, yang satu lagi tu, 2 orang budak lelaki meninggal sebab mati lemas di TELUK BIDARA, DUNGUN. Budak poli jugak. Dengar khabar anginnya, diorang pegi mandi manda kat sana. Ponteng. Budak kamsis. Katanya tak nak sertai program kamsis, thats why diorang pergi mandi kat sana. Asalnya, yang sorang tu mati lemas pastu hilang entah kemana. Pastu, buat solat hajat, Alhamdulillah, dalam petang tu, mayat yang sorang tu lagi dijumpai.




 Actually, runsing jugak, sebab sekarang ni, ombak besar sebab musim banjir. Dahlah, nak buat macam mana perkara dah nak berlaku. Redha je lah, kan? Doakan agar arwah tu ditempatkan dikalangan orang yang beriman, In Sha Allah, amin.




 Ya Allah, sekarang dah pukul berapa ni?? Mata pon rasa macam nak tertutup rapat dah ni. Ma Sha Allah, pukul 11.34 pm dah. Besok ada kelas, pukul 9 pagi. Niat dihati nak buat puasa ganti. In Sha Allah. Huhuhu.



 Haishh, okaylah. Borak lain kali lah pulak, okay? Hope, esok, semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Selamat Malam. Assalamualaikum. Tc.