Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Wednesday 22 October 2014

Dunia makin akhir zaman.

Assalamualaikum.

Doakan moga-moga sahabat semua sihat sejahtera hendaknya. In shaa Allah. Alhadulilah, aku disini sihat-sihat sahaja. Hm! Hari ni bangun agak lewatlah sedikit, why? Sebab semalam tak boleh nak sweet dream sangat. Taklena nak tidur dibuatnya. Biasalah tu kan?


Okay berbalik pada apa yang aku nak post hari ni tentang "Dunia makin akhir zaman". Hm, pastinya korang tahukan apalah dah jadi pada dunia kita sekarang ni. Banyak sangat benda yang terlarang dijadikan sebagai perkara biasa. Nauzubillah.


Ni pasal sambutan "I Want to Touch a Dog", masalahnya benda di buat di kalangan orang islam. Terkejut aku dibuatnya. Itu pasal aku cakap, dunia makin akhir zaman. Dah tak nampak mana yang halal mana yang haram. Doakan agar kita semua tidak terpesong oleh ajaran yang mengarut ni semua. Takleh nak cakap besar-besar juga sebab takut nanti, kita sendiri yang terkena balik. Bagaikan meludah ke langit, tak gitu kawan-kawan? I n shaa Allah, selagi kita jaga iman kita, kita akan selamat dunia dan akhirat. Begitulah hendaknya. Kan?




Hee, ni pon sebab dapat dari group whatsApp.



Hmm, pada keesokkan harinya group whatsApp aku ada post pasal puting beliung yang terjadi di Selangor kalau tak silap aku lah. Tapi wallahua'lam lah. Tapi memang dasyat lah dia punya puting beliung dekat sana. Memang kuat sangat-sangat. Habis benda melayang, atap rumah bagai. Masa tu lah nak ingat Allah apa semua. Bala ni kalau Allah nak bagi kejap je, tak kira masa atau tempat. Benda ni terjadi pon sebab kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir sama ada ia baik ataupun buruk. 


Aku ni bukan nak berlagak alim atau banyak ilmu didada, aku pun sama macam korang semua tapi sekadar nak berkongsi dan memberi pendapat, andai pendapat aku salah, tolong tegur bukan memaki hamun apa semua. Kita semua satu ummah kan? Satu agama islam. Jadi kenapa nak keruhkan lagi keadaan, sedangkan Allah memberi bukti kepada kepada bahawa "ISLAM ITU INDAH, MUDAH, TIDAK MENYUSAHKAN UMATNYA". So, tak payah nak sulitkan lagi keadaan tu.


Harap, kita semua dapat ikbar dari semua yang terjadi dalam masa yang terdekat ni. In shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.





Updating...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku on balik, aku punya blog. Ingat ke dah hilang dah. Actually, dah lama dah tak update blog ni. Maaflah, tak sempat. Line internet pon bukan selalu ada. Masa pon sama, tak selalunya free. Doakan agar kita semua duduk dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilimpahi oleh keredhaanNya. In  shaa Allah.


Jam sekarang dah menunjukkan pukul 0305 petang. Dan aku masih lagi tak study. HAHA! Actually minggu ni dah start final exam dah. yang course aku punya start hari Isnin. Ahem, subjeknya DATA STRUCTURE, mak aiii, soalan dah okay dah aku tengok, tapi masa je yang membuat aku tak sempat nak complete semua soalan tu. Silap aku juga sebab buat terlebih masa pada certain question tu. Dah nak buat macam mana, redha je lah kan? In shaa Allah, aku tawakkal pada Allah.


Next paper nya 29th ni, tapi entahlah, study pon tak lagi. Hm, petang sikit kot HAHA! Melampau kan? Ni kalau umi tahu, mampus kena dengar dia punya pot pet pot pet... blablabla. Hm, Dalam fikiran ni asyik fikirkan nak cuti cepat je. Nak habiskan exam cepat-cepat, pointer pon nak tinggi juga tau! Haaaa. In shaa Allah. Last paper nya 4th NOV ni.




Tapi umi ada call aku, cakap nak pegi KL, nak teman adik dia pantang kejap, dia suruh aku follow. Hee, Got new baby boy. Comel ngatttt! Kalau tak silap aku namanya Muhammad Azim, em lupalah. Sorry. Tapi yang ni third baby dah. Yang sulungnya, dah tingkatan 5, yang second dah darjah 6 kalau tak silap aku lah. Alhamdulillah, dapat rezeki lagi lah tahun ni. In sha Allah. Doakan moga dipermudahkan untuk melahirkan baby nanti ye makngah? Tak gitu? Hehehe. Tapi kejap je aku dapat spend time dekat sana, sebab bulan 12 ni dah nak start sem 4 dah. Tapi buat praktikal lah. In shaa Allakh, praktikal dekat Kelantan aje. Tak nak lah pi jauh-jauh, bosan. Home sweet home lah katakan, yedok? HAHAHA!






Hm, rasanya tu aje kot yang nak kongsi buat masa ni. Takde apapun. Saja nak update blog ni, kesian sebab lama sangat dah tinggalkan bendalah ni. Hehehe. Kadang-kadang tak salah jika kita cuba untuk muhasabahkan diri kita untuk beberapa minit pun jadilah. Ramai manusia yang leka kerana  duniawi. Kadang-kadang aku pun sama. Dalam dunia ni, manusia manalah perfect. Kan? So, sama-samalah menasihati antara satu sama lain. Tak salah pun. Kalau orang tu taknak dengar, dah, tak payah nak bagitahu dah, bahagian kita dan selesai untuk tegur apa yang salah dan apa yang betul. Sebihnya berserah pada Allah. In shaa Allah. Salam Asar. Assalamualaikum.



Thursday 2 January 2014

Cerita Lumrah Hidup Student Di Politeknik!

Assalamualaikum.

Allahu.. Hari ni, seharian belajar. Takde gap. tak sempat nak sarapan. Pukul 3 petang baru sibuk nak cari makanan kat kantin. Alahai, biasalah, lumrah hidup sebagai student, tak gitu? Huhuhu. Hmm, hari ni, okay je. Semuanya berjalan dengan lancar meskipun setiap detik perut meminta untuk diisi, but Alhamdulillah, ilmu yang lec berikan, dapat di INPUT kan. hahaha!!


 Yang paling malu, lec Kamaruddin, iaitu lec yang mengajar subject Fundamental Operating System. Huh!! Masa mata aku layu tu, dia tengok aku, pastu dia anggukkan dagunya yang hensem tu, buat aku terkejut, pastu aku gelengkan kepala aku, menunjukkan aku takde apa nak cakap. Haishh, dalam masa menuntut ilmu dengan dia, selalu je dia perhatikan aku. Dah tu, nak buat macam mana, otak aku masa tu dah tak tahan, tak boleh nak terima apa-apa ilmu dah. Sakit kepala sebab tahan mengantuknya, letihnya, pelbagai lah kerenah aku tadi.


 But, dia tetap faham dengan keadaan KAMI!. Okay, FYI, it's not just me, but, 70 % are same like me, sleepy. Hahaha! But, our lecturer are understanding person. Dia pon pernah jugak complain pasal jadual kelas aku ni. Manalah boleh student nak belajar tanpa henti, takde gap ape semua. Tapi, nak buat macam mana, redha je lah.



Haaa!! for the first time I try to fix a sweet dress today. It's looks nice and pretty, I guess so. Hahaha. But, ada lah jugak, 2 3 orang puji sebab aku pakai macam tu. Bukan nak takbur, tapi, rasa macam.. alahaiiii... funny jer! Grrr.. Apa-apapun, Alhamdulillah, segala pujian tu, aku bersyukur pada Allah.



 Hahaha! Before I forgot, after beli makanan tu, aku pegi KOOP jap, nak beli alat yang sepatutnya aku beli lah. Mak aiii!! Aku sorang je perempuan dalam tu, maksud aku as a student lah. Yang casher tu memang perempuan. Pulak tu budak kelas aku. Rasa malu nak beli depan diorang. Cuba cari masa yang sesuai untuk ambik benda tu.. last;y, okay done. Pastu, tiba untuk bayar pulak.... huhhhh!! sick!! haha. terpaksalah sorokkan sikit benda tu dengan purse sambil tunjuk pada casher tu, cakap nak bayar benda tu. Akak tu macam nak ketawa pulak dengan kerenah aku. Malu kot!! ==!



Hahaha, mesti korang nak tahu kan pasal benda apa yang aku cakap tu... okay, I'll tell you.. pencukur je pon. Maluuuuuu.. Heee >.<



Hmm, kalau nak fikirkan tentang masalah ni memang takkan habis.. kan? Allah takkan berhenti menduga kita sampailah ke akhir hayat. Look! Bukan bermaksud Allah itu kejam, tapi Allah nak lihat, adakah kita akan terus bersamaNya?? Tabahkan hati dalam mengharungi rintangan dan dugaan yang diberikan oleh Nya. In Sha Allah, ada lah tu hikmahnya nanti. LA TAHZAN. Kan? -muhasabahkan diri-



Okaylah, mungkin itu saja yang dapat aku kongsi untuk hari ni. Nak mengadu, takde sape yang nak menadah telinga. Roomate pon, awal-awal lagi dah tidur. Kesian kan?? Bukan dia lah, tapi aku ni hah. Okaylah, hati-hati apabila berbicara dan melakukan sesuatu, kerana, lambat atau cepat effect nya kita akan tanggungnya. In Sha Allah, doakan agar Allah sentiasa bersama dengan hati dan diri kita. Amin. Assalamualaikum.

Monday 16 December 2013

New Life!

Assalamualaikum.


 Doakan agar semua sahabat-sahabat aku ni sihat. Amin. Allahu rabbi, sekian lama aku tak update blog aku ni. Rasa macam kaku pulak jari jemari ni nak taip satu-satu perkataan. Alhamdulillah, aku dan family semuanya sihat.



 Lama kan tak dengar khabar?? last update blog ni kalau tak silap aku pada bulan May. Hahaha. Baru sekarang aku dapat buka balik blog ni. Actually, tak ingat email also password nya. Hikhik. MALU --' Ingat ke, blog aku ni dah dilupuskan. Eh eh! ada ke macam tu? Hehe.



 FYI, Alhamdulillah, sekarang ni aku sambung belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, DUNGUN. Atau dikenali sebagai PSMZA. Haaa. Pernah dengar kan? Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk semester 2. Start awal bulan 12 tahun ni. Kalau nak cerita pasal poli ni, memang takkan tidurlah jawabnya. Jadi burung hantu. *krikk krikk. okay -,-



 Kalau nak bercerita tentang kawan ni, memang macam-macam yang akan timbul. Malaslah nak layan perasaan sangat. Nak fikir pon, rasa macam tak sanggup dah. Biasalah, tak semua kawan yang bleh hidup susah senang bersama dengan kita ni, kan? Am I right?? Bila dah kawan sampai sem 2, barulah keluar belang masing-masing. Hahaha. Lumrah kehidupan.



 Seriously, alam persekolahan dengan alam IPT tak sama and takkan pernah sama. Tak seronok macam alam persekolahan dahulu. Mungkinlah kot, kan?? Tak kesah lah. Janji, masing-masing dapat bawa diri masing-masing.



 Lupakan!! Ada cerita yang aku nak kongsi ni. Its about students Politeknik aku. Allahuakbar. Dalam bulan ni, dah 3 orang meninggal dunia. Tapi students lelaki lah. Untuk yang first kejadian yang menyebabkan maut tu, accident kat depan poli aku je. Kat depan tu memang selalu sibuk sebab ada traffic light. Hmm, lelaki.. biasalah.. naik motor laju-laju, pastu tak sempat nak break lah apa lah. Tapi nak buat macam mana, ajal dia dah sampai. Berserah je lah. Actually, dua orang students lelaki yang accident dengan kereta apa entah. Kereta tu laju kot, so tak sempat nak break bila si lelaki ni nak masuk lorong ke arah poli. Sorang tu mati ditempat kejadian, hmm, baru sem 2 kot. Budak Terengganu katanya. Entahlah, aku pon tak pasti. Yang sorang lagi tu dapat diselamatkan, Alhamdulillah, tapi koma katanya.





 Hmm, yang satu lagi tu, 2 orang budak lelaki meninggal sebab mati lemas di TELUK BIDARA, DUNGUN. Budak poli jugak. Dengar khabar anginnya, diorang pegi mandi manda kat sana. Ponteng. Budak kamsis. Katanya tak nak sertai program kamsis, thats why diorang pergi mandi kat sana. Asalnya, yang sorang tu mati lemas pastu hilang entah kemana. Pastu, buat solat hajat, Alhamdulillah, dalam petang tu, mayat yang sorang tu lagi dijumpai.




 Actually, runsing jugak, sebab sekarang ni, ombak besar sebab musim banjir. Dahlah, nak buat macam mana perkara dah nak berlaku. Redha je lah, kan? Doakan agar arwah tu ditempatkan dikalangan orang yang beriman, In Sha Allah, amin.




 Ya Allah, sekarang dah pukul berapa ni?? Mata pon rasa macam nak tertutup rapat dah ni. Ma Sha Allah, pukul 11.34 pm dah. Besok ada kelas, pukul 9 pagi. Niat dihati nak buat puasa ganti. In Sha Allah. Huhuhu.



 Haishh, okaylah. Borak lain kali lah pulak, okay? Hope, esok, semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Selamat Malam. Assalamualaikum. Tc.

Saturday 11 May 2013

Luahan hati Si Pari-pari --'

Assalamualaikum.



 Hye semua!! Miss you all so damn. Hee. Sihat kan semua? Bagus-bagus, tapi ada sorang ni tak sihatlah, my uncle, also as know as ayah ja (faizal) hee. Sayang dia, dia text aku, dia cakap dia demam, wahh, cute sangatlah. Mengadu suruh bagitahu kat nenek aku tuh. Hahaha. Hadoiii --'



 Hmm, this is my last day duduk kat KL sebab besok, aku dah nak bertolak balik to Kelantan dengan bas, sorang-sorang je. Lupa nak bagitahu kat paksedara suruh beli ticket yang sit single. Dah lah tu duduk kat depan sekali tingkat atas. Wahhh! Memang perghhh rasanya. Hishh, nak marah pon, tak boleh, so?? Sabar je lah =='



 Ni kali pertama aku naik bas sorang-sorang, hishh, rasa takut pon ada, but, I should live independently. Huhhh, itulah aku, cakap je nak hidup berdikari, tapi, semua tu hampeh jer >.< buat malu je lah, kan? Hmm. Aku balik dengan tergesa-gesa pon atas sebab terlewat nak daftar masuk form 6, hishh, setahu aku, hari ahad ni dah start belajar dah, aku ni baru nak daftar, haishh, buat malu je lah. Takpe, study punya hal, aku sanggup tanggung malu. HAHAHA, cakap je lebih tu. Jangan percaya sangatlah :p




 Aku masuk form 6 pon atas sebab takut nanti, kalau tak dapat pergi mana-mana U or mana-mana tempatlah, haaaa, tak ke nanya namanya tu?? So, fikir secara cerdiknya, itulah pilihan yang paling tepat. Asalnya aku dapat kos AGAMA, but, aku rasa, aku nak tukar kos kot, nak ambik kemanusiaan, okay kot sikit, kan? Yang aku peliknya, kenapalah dia letak nama aku dengan jurusan AGAMA tu? Bukannya aku hebat sangat tentang arab bagai ni. Hishhh, sodehhhh +.+




Actually, banyak sangat benda aku tak tahu disebalik semua yang berlaku sekarang ni. Okay secara jujurnya, aku pon tak faham dengan apa yang aku jalani sekarang and apa maksud aku sebenarnya sekarang ni. Haktuihhhh! apapun tak bolehhh :p Hahaha.



 I think, masalah aku sekarang ni ialah, MENGANTUK! sangat, tapi tetap nak menafikannya, hahaha, apakah sengal sangat? Tidur je lah. Hee. Sebelum tu, aku ada dengar, ada orang cakap, hari ibu ni tak boleh sambut, kenapa erk? Hmm, macam-macam lah, Okaylah. Assalamualaikum. tc. Ilysm, semua!! Kiss sikit, muahhh! Bye :)

Monday 6 May 2013

She got a silver necklace!

Assalamualaikum.



 Hye? Sihat semua? Alahmdulillah, aku sihat je. Dah lama rasanya tak update blog aku nih. Maklumlah, manalah nak sempat kalau nak habiskan masa dengan benda ni semua. Banyak kerja harus diselesaikan. Acece. Please lah --'




 Okay, actually, aku teringat pada sorang hamba Allah ni cakap kat aku, " hey fatin, dah lama dah kau tak update blog kau". Hahaha, takde internetlah babe nak update benda ni. And one more thing, thanks sebab sudi baca blog aku ni, walaupun, ia tak sehebat blog orang lain. Semua yang aku cerita dalam ni, ia berdasarkan pada pengalaman dan kisah hidup aku also orang sekeliling aku. Alhamdulillah, this is my perfect life :)



 Haishh, bila dah dapat bf/gf romantik, korang mesti rasa bahagia kan? Absolutely yes! OMAllah! Cukup sekadar aku yang melihat kebahagiaan orang lain walaupun aku tak dapat merasainya dengan sendiri. Itu dah cukup bagi aku. Asalkan orang yang aku sayang, bahagia. Okay sayang semua?




 Kisah ni berlaku di KBMall at Kelantan. Sebenarnya, dah lama aku tak pergi kat sana, hampir 5 month, ,maybe??? Kejap je, semuanya dah berubah. Hmm, kisah ni berlaku antara maksedara aku dengan bf dia. Dah nak sampai 2 years diorang in a relationship. Segala pahit manis, dah dilaluinya, best kan bunyi? Hahaha. Tipu je banyak tu, takpayah nak percaya sangat lah cakap aku ni. Sikit-sikit boleh ah. Hahaha :p




 Bila ah jumpa kekasih hati kat sana, pergilah ronda-ronda jap. Cop!! Not me, okay? this is about my auntie lah. Jalan punya jalan, bf dia cakap nak belikan dia rantai perak, cool tak? Haishhh, hampir terjatuh jantung aku dengar bf my auntie cakap macam tu. So?? Apa lagi? Dia pilihlah yang mana berkenan dihati tu. * nak upload pon susahlah rantai tu. Tapi, harga?? Hmm, amatlah membanggakan. Hahahaa!! Dia pilih bentuk LOVE warna putih, Waahhh!! Seronok kau kan hari tu? Papepon, tahniah :) Lupa nak bagitahu harga rantai tu, hmmm, berapa erk?? Jap.... Haaaa, RM1O8, campur semua sekali, RM130, hahaha.




 Aku? Aku tengok jelah, tak tahu nak cakap apa. Bling bling! Haishh, aku rasa macam indahnya dunia ni kalau aku berada kat tempat maksedara aku tuh. Kan?? Rezeki dia lah katakan. Aku? Tunggu masa yang sesuai kot. Mak aiiii, bf pon takde, ada hati nak perasan dapat benda tu jugak. Hahaha. Teruskan angan-angan kau tu Edlina! Pejam mata, bayangkan untuk sementara :p HAMPEHHHHH!!




 Seronok tak? Itu je lah yang dapat aku kongsi pada korang semua. Okaylah, lain kalilah pulak, okay? Assalamualaikum. Tc. Iloveyou, semua <3

Thursday 25 April 2013

Atasi Cemburu Itu.

Assalamualaikum.



 Hye! Miss semua lah. Meh nak kiss siketttt, muahhhh3. Amboi, senyum bagai dia. Haha. Semua sihat? Aku? Alhamdulillah, sihat je. Hmm, blog ni asyik memanggil suruh update, katanya sedih sebab takde orang nak berborak dengan dia. Haha, so nicely. Hahaha!



 Hmm, nak berkongsi cerita tentang apa erk malam-malam macam ni? Hmm, let's talking about LOVE, wauuu! tertancap muka-muka yang hampir nak tidur ni. Especially, ME!! Hahaha, Edlina, please calm down. Hhaha.



 Bagi aku lah kan, kalau bab cinta ni kan, kita tak sepatutnya ikutkan emosi or kata hati sangatlah. Nak sayang tu, biarlah berpada-pada, kan? Nak JEALOUS pon, amatlah berpada-pada. Nak tahu kenapa aku besarkan capital tu? Haaa~




 Actually, disebabkan perkara ni lah, kebanyakan hubungan orang yang tengah HOT bercinta boleh buat para pasangannya rasa macam nak cekik-cekik je, rasa bored je dengan pasangan dia. Ni lah sebab utamanya, JEALOUS, suka sangat nak sekat tu lah, nak sekat ni lah.



 Aku rasa kan, tak patut kot kalau korang ada feeling yang macam tu, bukan nak suruh padamkan rasa tu, tapi, berpada-pada lah babe.Lebih-lebih lagi pada pihak si lelaki. Aku ada dengar A little bit comment lah from cousin aku also, uncle aku. Katanya, diorang paling tak suka, bila si girl ni, sekat dia nak pergi keluar lepak dengan kengkawan diorang. Nak suruh duduk terperap dalam rumah je. Girlss!!



 Hmm, lelaki ni bukan macam kita. Dah memang dari azali lagi, lelaki ni memang jenis suka lepak sana sini, so, janganlah nak halang perbuatan diorang, asalkan jangan ambil benda haram dah lah. Hmm, one more thing!! kalau si lelaki ni bertegur dengan mana-mana perempuan, take it positive, jangan mudah goncang boleh tak? Dia tegur pon sebab kawan lama dia, kawan sekolah. Tak salahkan semua tu? Janganlah cemburu buta sangat.




 Listen here! Daripada korang cemburu buta dengan manusia, lebih baik kau cemburu dengan Allah S.W.T, sebab, lebih dari sejuta manusia yang memerlukan Allah, kan? lagi tip top meletop! Haaaa, tapi, kenapa kita tak boleh buat macam tu? Hmm, *muhasabahkan diri. :)  Still thinking what I'm saying.




 Hmm, jika dia jodoh diorang, gunung yang dikejar takkan lari, bab kata pepatah, kan? Yes I know, ni soal manusia, bukan gunung. Kan? hahaha. I'm jokking. Ingat, selagi anggota badan kita masih kuat, sihat, sentiasalah menadah tangan dengan cara merendahkan diri korang untuk berdoa, agar, korang dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik, insyaAllah. *masih memuhasabahkan diri lagi :)




 Okay lah, mungkin sedikit sebanyak, dapat membuka mata korang andai kata, perlakuan korang pada pasangan korang itu salah.. Please, jangan mudah cemburu buta, okay sayang? Bisikkan dalam hati korang, agar tidak terpengaruh dengan oerkara yang boleh membuatkan korang rasa jealous. Okay?



 Malam semakin pekat gelapnya. Bintang pon seakan tidak mahu mengerlip diwaktu dingin ni. Acece, bermadahpujangga pulak. Sorry. Assalamualaikum. Take care. Sematkan nama Allah dalam hati kita selalu. Okay? Done. :)