Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Sunday 21 April 2013

Jodoh ohhh jodoh, mana kau?

Assalamualaikum.



 Hye? Harap semua sihat. Hmm, nak update pon rasa takde mood. taktahulah kenapa agaknya. Perasaan selalu je rasa resah. Korang ada pernah rasa macam ni tak bila bersendirian?? Atau aku sorang je yang rasa benda ni semua? Haishh, tak mungkin, kan?



 Hmm, bercakap tentang JODOH  ni amatlah memenatkan, sebab benda ni, bila dah sampai seru barulah muncul siapa jodoh kita tu, kan? kan? Tapi kan, dalam aku tengah menggila, hampir saja aku nak buat solat istiqarah. Gila kan? Astaghfirullah. Tuan punya badan pon entah kemana, ada hati nak kawin. Matang? Lagi lah jauh sangat.



 Kawan aku ni cakap, kita ni kan dah 18, so, kita kenalah ambil tahu semua hal keduniaan ni. Tak boleh buat macam kita ni masih bebudak lagi. We are adult lah, not child. After dia cakap macam tu pada aku, barulah pemikiran aku terbuka and lesap jap semua perkara bebudak yang sering bermain dalam minda aku ni. Aku rasa macam, aku ni masih budak sekolah yang diibaratkan macam katak dibawah tempurung, erk? -..-



Apa yang aku hairan, kenapa pemikiran aku masih tak dapat menerima semua benda tu? Sedangkan, umur seperti aku, memang sah-sah kena ambil tahu semua benda tu. Hmm, bila aku dengar benda tu, aku rasa macam berdosa pulak, sedangkan, semua tu adalah ilmu yang harus aku kena pelajari. Alhamdulillah, sebab bestfriend aku ni faham dengan perangai aku yang pelik ni. Dia tak habis-habis gelengkan kepala dia disebabkan perangai pelik edlina psiko ni. hey hey, do;n't ever judge that i'm a psyco person, okay? Itu hanyalah nickname semata-mata. Hahaha.




 Haaa, tengok, nickname pon entah pape, macam mana nak jadi dewasa, kan? Hmm, ya Allah, aku harap, Kau bantulah aku dalam perubahan perangai ni. Aku makin runsing dengan perkara ni, walaupun dimata orang lain, ianya hanya perkara yang remeh. It's not to me.



 Hmm, tentang jodoh? Entahlah, bila tengok orang lain naik atas pelamin, perasaan ni rasa gatal nak naik jugak, Hahaha! -..- memanglah melampau sangat harapan aku ni kan? Masih mentah, tapi, masih mampu berfikir untuk berumah tangga. Bak kata mak sedara aku kat Kedah ni "nenada" it's means, mengada-ngada. Haa, aku ada, kau ada? Haishh --'




 Kadang-kadangkan, aku terfikir jugak kata diorang, orang yang single tak semestinya tak laku, mungkin sebab Allah taknak dia terluka lebih dalam lagi kalau dia bercinta dengan orang yang belum tentu sah lagi menjadi milik dia didunia mahupun akhirat. Kan? Betul ke semua tu? Kalau benarlah, aku akan tetap teruskan kehidupan single aku sehinggalah aku dipertemukan dengan jodoh aku, kelak. InsyaAllah, kerana janji Allah itu tak pernah tidak ditepati. Bukan macam manusia, semua pon tak boleh. Hiuhhh




 Hmm, maaflah sebab ter update tentang perasaan pulak malam ni. Entahlah kenapa jadi macam ni.Haishhh!! Shuhhhhhhh!! Pergi main jauh-jauh lah.



 Okaylah. itu je kot. takde menda lah nak di update kan. Apa yang penting, sentiasalah muhasabahkan diri korang semua erk? Aku pon sama. Sentiasa memperingati itu amalan mulia. Assalamualaikum.