Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Wednesday 27 March 2013

Redha itu lebih bernilai jika direnungkan.

Assalamualaikum..

 Bila kita reda dengan semua kehendak Allah S.W.T, insyaAllah, setiap apa yang kita fikirkan atau lakukan, terus bertukar menjadi suatu perkara yang positif, kan? Tapi, jika kita sering menyalahkan takdir, sentiasa memberontak, adakah Allah akan memberikan apa yang terbaik untuk kita kelak? Mungkin, sekaranglah waktunya untuk kita muhasabahkan diri kita. Kan?


 Mungkin korang tak faham dengan apa yang aku nak sampaikan pada korang sekarang ni kan? Hmm. Dulu aku pernah terlanjur mencintai seorang hamba Allah ni. Dialah orang pertama yang terpenting dalam hidup aku selain daripada ibubapa ak also my good friends. :) Start dari aku mengenalinya, semuanya bertukar menjadi lebih indah malah sentiasa senyuman itu terukir dibibir aku dan ia takkan pernah pudar.


 Namun semua itu hanyalah sementara yang dipinjamkan oleh Allah buat aku. Aku hampir tersungkur ditengah jalan dengan apa yang telah terjadi. Kejadian tu berlaku dengan masa yang tidak tepat sama sekali. Tapi, Alhamdulillah, kawan, atau jelas serta layak dipanggil sebagai sahabat sejati. Mereka lah yang sentiasa menghulurkan bantuan untuk aku untuk terus berhadapan dengan semua cabaran dan dugaan untuk aku dari Allah S.W.T. Maha Besar kan Allah itu?


 Alhamdulillah, trial SPM tidaklah seteruk yang disangkakan. Kerana itu semua atas bantuan sahabat aku serta hasil usaha aku dan reda atas apa yang terjadi.


 Aku teruskan hidup aku dengan semangat yang membara. Berusaha dan terus berusaha tanpa menunjuk sedikit pun putus asa. Alhamdulillah, result SPM pun taklah menyakitkan hati sangat. :)


 Tiba-tiba hamba Allah tu datang kembali pada aku dengan membawa seribu harapan serta matlamat yang tak pernah aku sangkakan. Dimana harus aku rahsiakan rasa hati aku yang sekian lama terpendamnya?

Thursday 14 March 2013

Kedah ouhhh Kedah~

Assalamualaikum.

 Alhamdulillah, kenyang sudah perutku ini selepas dijamu dengan budu, kuah ikan singgang, ikan kering. Hmm, kita orang biasa je, taklah kaya yang korang sangkakan. Hidup simple sangat, tak lebih, tapi banyak yang kurangnya, but it's okay, aku dah terbiasa dah. :)


 Actually, baru 3 hari je aku ada kat kelantan after tinggal kat kedah, dalam sebulan lebih dah, maybe? Hahaha. Lupa sudahh. Bercerita tentang kedah ni, memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi. Haishh~


 Mak sedara aku ada cerita pada aku tentang orang kedah. Heishh!! No lah, bukan nak mengumpat, tapi nak kongsi cerita tentang perwatakan orang kat sana. Entahlah, mungkin bukan semua yang jenis macam tu, just segelintir je, ye ke?? =='


 Cik su (maksedara) aku tu lecturer kat kolej kedah tu. Ada je lecturer kat sana tak suka pada dia, dengki dengan prestasi dia. Maklumlah, tak sampai sebulan dah dapat naik pangkat, alhamdulillah, but pada orang lain? Lagilah diorang naik bengang. Actually, boss cik su aku tu baik orangnya, lagi pun, dia takkan sesuka hati punyalah nak bagi naik pangkat pada sesiapa. Ini semua hasil kerja keras masing-masing. Siapa yang rajin, dialah yang dapat, right? But, nak buat macam mana, dah lumrah hidup, manusia memang jenis macam tu.


 Masih terngiang-ngiang lagi cerita ni dicuping telinga aku ni. Pasal rakan sekerja dia, punya mulut yang suka menipu, nahhh! ambik, sekarang dah gugur betul-betul. Haishhh, bukan nak doa yang buruk pada dia, tapi, dia yang doa keburukkan pada herself, nak buat macam mana, kan?


 Meh nak cerita...
Dulu, dia pernah cerita pada cik su aku, yang dia tu pregnant, but,lastly abort, katanyalahh. Kemudian, dia cakap nak off sebab katanya, gugur pulak kandungannya, cik su aku yang lurus sebab tak tahu perkara sebenar, turutlah memberi simpati dengan menghantar dia ke hospital. Ada rakan sekerja yang baik hati, datang bagitahu kat cik su yang perempuan tu actually, tipu je lebih. Yang mula-mula dia pregnant tu sebab ditangkap berkhalwat, second pulak, entahlahh, banyak sangat tipu helah yang dia lakukan tu. Haishh.


 Kesimpulannya, kenapalah manusia ni sanggup menipu untuk mendapatkan simpati dari orang lain? Kalau kita pandai bergaul dengan orang, insyaAllah, kita akan disukai ramai orang :)


 Waaaaiittt!!


 Tak habis lagi ni cerita aku, HAHAHA!! rasa macam gelojoh pulak malam ni, muahaha. salah sorang kawan cik su ni, dia orang kedah, nak bercakap dengan aku lah konon-kononnya, tapi, yang nasib malangnya, aku tak paham satu pun apa bahasa diorang, punyalah pekat melekat loghat bahasa diorang. For example lah kan...


    " tak kejoq ke?" young man tanya aku, aku terkedu.


 Tiga kali aku tanya benda yang sama pada dia, sebab langsung aku tak faham bahasa dia. Hahaha. Alahai~


   "haaahhh??" muka memang tersentap masa tu.


   " tak kejoq ke?" kali kedua lelaki tu bertanya.


    " haaahh? Apa? Tak fahamlah" tanya sekali lagi tanpa segan silu untuk mendapatkan kepastian.


    "tak kejoq ke?" dengan tenang lelaki tu tanya ku sekali lagi.


   "ouhh, tak kerja pon" sambil menghadiahkan senyuman untk lelaki tu.


 Alhamdulillah, finally, faham jugak aku apa maksud dia tu. Hahaha.Beberapa minit kemudian, dia tanya aku pulak, tapi, ak je buat tak tahu, sebab, aku taknak dengar dah loghat bahasa orang kedah. Bingit teling aku dibuatnya.


 Mahu tak nya dia rasa malu dengan aku sebab aku buat macam tu? Hahaha, papepun, i'm sorry lah, nak buat macam mana kan?


 Seriously, memang aku jadi semakin tak suka dengan Kedah ni, tapi, apakan daya, terpaksa jugak aku dengar diorang berborak sesama diorang. Hishh. Pengalaman, right?


 Kedah ouhhh kedah~

Iklan Punya Pasal?

Assalamualaikum.


 Hai semua! Apa khabar? Sihat? bagi yang sihat, sentiasalah mengucap alhamdulillah, okay sayang? Hahh? Bagi yang tak sihat? Hmm, yang tak sihat tu, makan ubat also take a rest, okay baby? Utamakan kesihatan dahulu, okay? Bagussss. Hee.


 Tiba-tiba je tersenyum sorang diri. Hahaha. Nak dijadikan topiklah katakan, kan? Please lahh. It's about my grandmother sebelah baba. Kadang-kadang, kelakar jugak kalau duduk also tonton tv dengan dia. Benda yang tak patut dibahaskan, boleh dijadikan satu topik yang menarik, mungkin ada juga terselit dengan beberapa lawak.


 Heyyy! jom layan jap aku punya cerita. Kalau nak lebih menarik dengar cerita aku ni, better korang ambik popcorn ke, alaaaa, buat macam nak tengok wayang gituuuu~ Aduiihhh, ini terlebih sudah, kan? Hahaha, nevermind.


 Cuba korang perhatikan iklan pencuci muka "BALQIS" yang diiklankan oleh Shila Amzah, kenal kan? kalau tak tu, terus pergi kat "GOOGLE", okay? Hahaha. taklah, gurau je lah sayang. Cuba korang perhatikan betul-betul pada iklan tu.


 Nenek aku selalu je nak tunggu kat special part dalam iklan tu. Dia nak tengok yang "blackhead" keluar apabila guna pencuci balqis tu. Dia siap cakap macam ni lagi..


   " tuwek! tuwek! dia punya blackhead keluar" ketawa sambil melepaskan pandangnnya pada aku.


 Aku pun terus ketawa juga. Tak perasanlah pulak iklan ni melucukan bagi dia. Actually, bagi aku, iklan tu, ada lah juga kelucuan dia tu. Haishh.

Sunday 10 March 2013

anti-kucing

Assalamualaikum.

Teringat waktu kecik-kecik dulu. Yang masih dipandang oleh masyarakat sebagai budak hingusan. Mana tak nya, kalau petang menjelang je, terus pergi rumah ke satu rumah kawan, nak invite main lah konon-kononnya.

 Nak dijadikan satu al-kisahnya buat aku pada zaman kecik comel dulu. Ada sorang mak cik nih merayau satu kampung. Entahlah, apa masalah dia aku pon tak pasti. Aku pon curi-curi dengar dengan sekumpulan cilik kawan tu apa yang dibahaskan antara mak cik tu dengan jiran sebelah rumah aku.

   jiran: "kau cari apa tuh? Dari tadi lagi, macam orang tak waras je."

   mak cik: " haishh! macam mana tak jadi macam orang tak warasnya? Kucing kesayangan aku hilang."

   jiran: "laaa, ingat ke apa. Kucing je kot. Alahai~"

 Ahaks! Nak tunjuk prihatinlah katakan, kan? (lakonan dimulakan) Akudengan geng aku, turut menjejaki kaki ke seluruh kawasan kampung kitorang, semata-mata nak cari kucing mak cik yang entah pape entah.

 Beberapa minit kemudian, aku lah yang the first one terjumpa kucing tuh. Mak aiii, cantik bagai, berbulu putih, betina kot. Siap ada loceng dekat tekak tu bagai. Hahaha. Comel je nampak.

 Mau hati aku tak rasa bangga sebab aku orang pertama dapat jumpa kucing tuh. Nak dijadikan cerita, baik punya kucing tuh, saat aku nak capai dia, dia perhatikan aku dengan lirik mata yang amat menakutkan, nak tunjuk dia tu garanglah konon-kononnya. Aku masih lagi tak faham apa maksud tersirat kucing tuh.

 Lepas tu, aku dukung dia, rasa aku ni makin tenang, rasa dunia ni, aku yang PUNYA!, tapi, itu sedetik je, tak jauh sangat. Kenapa? Huhhh, sebab, kucing tu dah mula buat perangai, bunyi ngauman dia, alamak, macam nak gigit aku je, punyalah badan dia tu berat, dia menggelepar macam nak lari.

 Aku tak lepaskan, sebaliknya, aku dukung dia, seerat yang aku mampu.

 "Aaarrrrrr!! sakitnya!"

  Gedebubbb, bunyi kucing tuh jatuh dari pelukan aku. Mak aiiii, yang jerit kuat bagai nak pecah satu dunia tu, aku lah. Reasons? Hmm, kena gigit. Gigitan dia macam hantu drakula, yang hisap darah tu. Rasa macam nak cekik je kucing. Tapi. terselamat, pasal, dia terus melulu ke mak cik empunya tu. Nasib tak menyebelahi aku.

 Bengkak, biru lengan aku digigitnya. Kalau dia tu human, dah lama dah aku mintak insuran. Hishhh.Sial punya kucing.

 Pergi hospital, diperli pulak dengan doktor. Haishhh, apakah malang sungguh nasib aku hari tu. Sampai sekarang, gigitan tu, masih ada lagi melekat dilengan aku. Maybe bagi dia tu, tu ciuman special kot. Hahhh, banyak lah kau punya special. Huhhh.

 Rasa fobia kalau nak ada teman, lebih-lebih lagi dengan kucing. Mintak jauh lah. Hahaha.


p/s: berhati-hati dengan kucing, jangan tertipu akan manjaannya terhadap kita. Itu semua tipu helahnya!

Friday 8 March 2013

Makan Je Lebihhh

Assalamualaikum.

 Alhamdulillah, aku ucapkan pada Allah Yang Maha Besar. Kenapa? Haishh, kita sebagai orang mukmin, haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat dalam dunia ni. Jangan pernah mengeluh dengan apa yang terjadi pada kita. Okay? Make it simple, take it easy. Yeahhh!

 Huhhh, semalam, punyalah lewat aku tidur, pukul 3 lebih pagi baru terasa nak tidur. Pukul 11.54 pagi baru terasa nak bangun. Alamak! terlepasss, malunyaaa.. Biasalah, aku memang selalu bangun lewat. Letihlah katakan, kan? kan? Hahaha. Perasan je lebih --'

 Sarapan pagi macam mana?
Hahaha, don't me about breakfast ==' mandi mandi, pakai baju elok elok, start kereta, terus pergi cari tempat untuk isikan makanan dalam perut kitorang ni. Niat dihati mak sedara aku nak makan kat sini


 
                                                  best gitu tempat dia kan? makanan? entah.

 Lastly, jadi jugak, sebab kat dalam tu ramai sangat orang, so, we decided, makan kat tempat lain, yang kurang orang sikit. Dahlaah, perut ni merungut dari tadi sebab minta diisikan. Hahaha. Amboi, saba' nohhh. Kan dah keluar loghat kedah tu. Takpe, biasalah tu, kan? kan?

 And, here we are!!


                                            at Kopitiam Classic je kot, tak kemana pon. Hahha.

 Makanan? memang pembuka selera kitorang. Harga? Memanglah tersenyum lebar bila lihat, Hahaha! Mahal nak mampoiiihhhh!. Takpe, orang belanja, kita okey je, kan?

 Hahaha, itu je yang nak aku update, Biasa, bila kepuasan melanda, semuanya nak update. Hee. Kalau jadi, nak pergi main bowling, hah? Apa? Nak join jugak? Mehlahh. Sentiasa dialu-alukan. Kasi muahhh untuk semua. Btw, Selamat Hari Wanita Sedunia :)
Assalamualaikum dan salam Jumaat :)

Thursday 7 March 2013

what a lucky life to me.

Assalamualaikum

 What a wonderful night last day? Bersiap punyalah lawa bagai, sebab nak keluar dinner dengan mak sedara serta sepupu yang comel sangat. Grrr --' hahaha.


 Bunyi lagu bukan main lagi rancak *you're beautiful, like a dream come a life incredible... pandang kiri, pandang kiri, tut tut dua biji mata aku terjatuh pada sekumpulan penari yang berpakaian baju T-Shirt biru, short skirt also seluar fix paras betis, warna putih, dipadankan dengan kasut jogging. Semuanya orang bukan islam.

 Dalam asyik aku melihat diorang menari, sseorang perempuan panggil kitorang, lepas tu dia bagi sekuntum bunga sorang satu, Ohhh,  so sweet auntie, hahaha. Ehhh, kejap, rewind balik, sebelum kejadian tu berlaku pada kami, aku cakaplah kat mak sedara aku, haishhh, cantiknyaa bunga tu. Nak jugak boleh? Tersenyum je mak sedara aku dengar teletah aku yang entah pape entah. Okay, back to the story, after dia bagi bunga, dia ambik pulak gambar kami bersama. Mesrakan masa tuhhh? Yeahhh,  I know, sweetheart <3

 Kemuadian, kami teruskan langkah kami untuk pergi makan, Alhamdulillah, hah? kenapa aku cakap macam tu? Sebab, punyalah ramai orang kat tempat makan tu, nasib baiklah ada lagi satu tempat yang dapat kami untuk menjamu selera. Hahhhh? Korang tanya kat mana kitorang makan? hahaha.



                                       -Kat sini je kot, muahahaa. Jangan marah, senyom sikit!-


 Hahaha, alalala, gurau je lah sayang, janganlah nak jealous sampai tak nak cakap dengan aku kot? Hahaha. Tapiiiiii!!!, uwaaaaa! adaberita buruknya pulak disebalik kegembiraan aku terselah tadi. Hmm, sepupu aku tuh, dia patah-patahkan batang bunga tuh, hajat dihati nak bawa balik lah kononnya, tapi, hasrat aku tak tercapai. Hmm, sabar je lah kan? Cantik bunga tuhh :) It's like me!! just kidding..


 Habis je makan, kitorang terus back home, penat sangat. Kata cik su a.k.a mak sedara aku, dia nak invite aku pergi main bowling esok. Hahaha, sukanya aku! Hope, jadilah, amin ya rabbal alamin. Amin jugak tau, korang tuh. Muahaha. Okaylah, nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum. Sweet dream, make a wish.

Tuesday 5 March 2013

update saje, takde yang lebih

Assalamualaikum..

 Fuyooww!! Update hari-hari nampak? Eh eh, dia nampak kita ke? Hahaha. Just kidding je lah, okay? Alamak, my bff, tomorrow she will enter her class driving, what a such good news, right? But, what about me? maybe, she will leave me due to my negligence, Ya Allah, macam mana ni. Harap, aku dapat siap dulu lah dari dia. Hahaha * evil laugh. Memanglah tersedikit sewel buat malam yang amat sepi nih.

 Hello!! Did anyone care about me? I'm alone also lonely. I hate myselt, if I say that I love you, it's doest'n means that I'm falling in love with you, please understand me. Why he always force me to say that words?? Forget about it!!!!

 Inilah aku, penuh dengan penipuan yang sentiasa bermain dibenak aku nih. Entah sampai kapan aku harus jalani hidup yang macam ni. Kekadang, terasa terseksa hidup macam ni. Tapi, apa boleh buat, kan?? Apa yang harus tetap kita lakukan, berdoa, berusaha, bertawakal, absolutely, YES!! :)


                                                          See? what I saying it true

 Mungkin, dah takde pape yang perlu aku kongsikan. Hari pun dah jauh malam. Niat dihati, nak tunaikan solat sunat hajat, insyaAllah :) . Doa aku, agar, semua pelajar MPI dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas, 2012, AMIN :) Doakan untuk aku, erk?

 Selamat Malam, basuh kaki sebelum tidur, nantikan termimpi benda yang buruk plak kang, susahlah. Hahaha. Last words, Assalamualaikum.

Sunday 3 March 2013

bercuti saja

Assalamualaikum..

Hah! Memang dah lama gila dah I tak update my sweety blog ni. Hm, bukan apa, terlalu "busy". Ahaks! Banyakla I punya busy-kan? takdela. Busy dengan holiday. Alah, still dalam negara Malaysia lagi la at Kuala Lumpur :). Hee.

Okay, hari ni kan, I dengan famly amir pegi Genting Highland. Fuh! Tu dah kali kedua dah I pegi kat sana, kali terakhir I pegi kat sana masa I baru je dapat berjalan. Pegi sana pon sekali dengan famly I dengan famly amir. Hahaha, mama cakap, masa tu I tak pkai sweater, naik biru muka I. Hahaha! Masa tu on the way nak sampai kat Genting.


Alah, kami semua ni memang gila akan ber-photo sikit.. a a a, not a little, but to much la. Hahaha!

inspirasi kehidupan.

Assalamualaikum

So long saya tak update blog saya ni. Dah hampir setahun, maklumlah, busy dengan kerja harian. Sekarang saya tengah tunggu result SPM, ya ALLAH, hanya Dia yang tahu macam mana perasaan saya sekarang ni, berdebar, takut, everything lah. 

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, masa telah mematangkan jiwa saya. Ia mengajar saya erti kehidupan yang betul-betul dipanggil "a natural life". Hidup kita ni penuh dengan cabaran, dugaan, apa yang penting, ketabahan hati untuk menerima segala yang berlaku dalam kehidupan yang singkat tapi penuh dengan makna yang tersendiri.

Perasaan? Kenapa dengan persoalan tu? Adakah ia masih menyelubungi saya lagi? like someone said, lets by gone, be by gone. Setiap kehidupan yang kita jalani, pasti ada kisahnya yang tersendiri, yang duka mahupun suka. Ingat, bila hati terluka, minta bantuan dari Allah, agar ia dapat dipulihkan kembali, jika suka, tadahkan tangan dengan mengucap kalimah syukur terhadapNya.



Perwatakan? Jika pada haiwan mempunya watak, apatah kita, sebagai hamba Allah, kan? Manusia ni, banyak ragamnya. Ada yang baik, ada yang jahat. Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. kan? Manusia, jika diajar dengan sifat mahmudah, insyaAllah, anggota badan serta hatinya, takkan sekali-kali melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, jika mazmumah yang dipilihnya, gelaplah hatinya untuk berbuat baik.




Cinta? Indahkan perkataan ni jika kita betul-betul memahami perkataan tu. Tapi malangnya, tak seramai yang disangka untuk memahami perkataan tu. itulah perkara yang paling diinginkan oleh manusia. Ada yang sanggup menunggu lamanya, kerana CINTA, ada yang sanggup korbankan diri demi CINTA, ada yang sanggup membutakan hati, kerana desakan CINTA. MasyaAllah, indahnya ia, kan? ingat, apa yang penting, CINTAIlah manusia kerana Allah, kerana, cinta kepada manusia tidak kekal, sebaliknya, cinta pada Allah yang harus sentiasa kita mengharapkannya.


                                                   betulkan apa yang saya cakapkan tadi?

So, renungkanlah, dan selamat beramal. okaylah, assalamualaikum.

Oh! lelaki.

Assalamualaikum.

 Haishhh, kerana cinta, hati merana, kan? Kalau pandai bercinta antara dua pihak, comfirm bahagia selamanya. Nak dijadikan cerita, masalahnya sekarang, salah sorang dari pasangan tu, bersifat "playboy" what a suck boy? Ouh, maaf sebab terkasar bahasa.

 Kekadangkan, kerana lelaki lah, perempuan jadi hati busuk, mulut macam longkang, perangai macam hantu and so on lah. Oh! lelaki, kenapa pihak anda suka mengajar pihak perempuan untuk berperangai yang bebukan gituuu? Tak rasa ada sifat keperikemanusiaan ke?

 For your information, kalau dah tak pandai nak jaga hati anak dara orang, jangan memetik bunga dihalaman taman orang, nantikan kesian pulak si pokok dengan bunga dia tu sekali. Kalau tak faham, ambik kamus dewan, buat catatan. InsyaAllah, anda akan faham, :)

 Allah dah bagi akal, suruh kita berfikir secara waras, nak suruh kita ada rasa bersyukur bila ada orang yang cinta pada kita, bukan untuk memainkan perasaan orang lain. Oh! lelaki, kenapa engkau masih tak sedar dengan keikhlasan cinta yang diberikan oleh si wanita ni? Maaflah, bukan nak tunjuk yang perempuan ni takde yang berperangai macam ni, tapi, kebanyakkannya, statement macam ni, memang patut ditujukan pada orang lelaki.

 Someone said to me, si lelaki tu berwatakan macam tu pun, mungkin dia tak terfikir, apa yang akan terjadi pada hari kelak kalau dia berbuat demikian, atau, mungkin dah takdir semua ni perlu berlaku pada seseorang tu. Apa betul semua tu? Maybe, 50 % agree, 50% yes, i'm not agree, oh, too much i'm thinking about them(man).

Jadi?? Actually, kawan aku yang terkena dengan orang yang jenis macam ni, aku? Hmm, sama je, nasib memang tak menyebelahi aku masa tu, so, what should I do? Just give up, and spend time to continue my life or black out my old memories, what a sad story, right? Hahaha. Inikah yang dinamakan cinta? Yang sering berakhir dengan perpisahan, kekecewaan, kesedihan, keterpaksaan, diduakan, dipermainkan?? Macam tu ke yang dinamakan cinta? It's too cruel, right? 

 Ingat, cinta yang betul ikhlas, kita tak nampak, bila kita ikhlas menerimanya, barulah kita dapat melihatnya secara mata kasar serta dapat merasai kebahagiaan yang ingin dicapai dalam setiap perhubungan.



                                                  see? believe it or not, it's up to you

 Ingatlah wahai lelaki, jangan pernah mempertikaikan soal hati dan cinta pada wanita, kerana, sekali dia mencintai, selamanya, tetap dia menyayangi. Cubalah berfikiran matang tentang semua ni. Tak salah jika kita pandai meng-handle-kan perkara yang macam ni. Hah! tengok, BI pon tunggang langgang, macam anak keling dah. Hahaha.

 Okaylah, tu jer yang nak saya sampaikan, jadi, renung-renungkan, dan selamat beramal :) peace yaw! Assalamualaikum. Niat untuk update saja :)