Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Thursday 2 January 2014

Cerita Lumrah Hidup Student Di Politeknik!

Assalamualaikum.

Allahu.. Hari ni, seharian belajar. Takde gap. tak sempat nak sarapan. Pukul 3 petang baru sibuk nak cari makanan kat kantin. Alahai, biasalah, lumrah hidup sebagai student, tak gitu? Huhuhu. Hmm, hari ni, okay je. Semuanya berjalan dengan lancar meskipun setiap detik perut meminta untuk diisi, but Alhamdulillah, ilmu yang lec berikan, dapat di INPUT kan. hahaha!!


 Yang paling malu, lec Kamaruddin, iaitu lec yang mengajar subject Fundamental Operating System. Huh!! Masa mata aku layu tu, dia tengok aku, pastu dia anggukkan dagunya yang hensem tu, buat aku terkejut, pastu aku gelengkan kepala aku, menunjukkan aku takde apa nak cakap. Haishh, dalam masa menuntut ilmu dengan dia, selalu je dia perhatikan aku. Dah tu, nak buat macam mana, otak aku masa tu dah tak tahan, tak boleh nak terima apa-apa ilmu dah. Sakit kepala sebab tahan mengantuknya, letihnya, pelbagai lah kerenah aku tadi.


 But, dia tetap faham dengan keadaan KAMI!. Okay, FYI, it's not just me, but, 70 % are same like me, sleepy. Hahaha! But, our lecturer are understanding person. Dia pon pernah jugak complain pasal jadual kelas aku ni. Manalah boleh student nak belajar tanpa henti, takde gap ape semua. Tapi, nak buat macam mana, redha je lah.



Haaa!! for the first time I try to fix a sweet dress today. It's looks nice and pretty, I guess so. Hahaha. But, ada lah jugak, 2 3 orang puji sebab aku pakai macam tu. Bukan nak takbur, tapi, rasa macam.. alahaiiii... funny jer! Grrr.. Apa-apapun, Alhamdulillah, segala pujian tu, aku bersyukur pada Allah.



 Hahaha! Before I forgot, after beli makanan tu, aku pegi KOOP jap, nak beli alat yang sepatutnya aku beli lah. Mak aiii!! Aku sorang je perempuan dalam tu, maksud aku as a student lah. Yang casher tu memang perempuan. Pulak tu budak kelas aku. Rasa malu nak beli depan diorang. Cuba cari masa yang sesuai untuk ambik benda tu.. last;y, okay done. Pastu, tiba untuk bayar pulak.... huhhhh!! sick!! haha. terpaksalah sorokkan sikit benda tu dengan purse sambil tunjuk pada casher tu, cakap nak bayar benda tu. Akak tu macam nak ketawa pulak dengan kerenah aku. Malu kot!! ==!



Hahaha, mesti korang nak tahu kan pasal benda apa yang aku cakap tu... okay, I'll tell you.. pencukur je pon. Maluuuuuu.. Heee >.<



Hmm, kalau nak fikirkan tentang masalah ni memang takkan habis.. kan? Allah takkan berhenti menduga kita sampailah ke akhir hayat. Look! Bukan bermaksud Allah itu kejam, tapi Allah nak lihat, adakah kita akan terus bersamaNya?? Tabahkan hati dalam mengharungi rintangan dan dugaan yang diberikan oleh Nya. In Sha Allah, ada lah tu hikmahnya nanti. LA TAHZAN. Kan? -muhasabahkan diri-



Okaylah, mungkin itu saja yang dapat aku kongsi untuk hari ni. Nak mengadu, takde sape yang nak menadah telinga. Roomate pon, awal-awal lagi dah tidur. Kesian kan?? Bukan dia lah, tapi aku ni hah. Okaylah, hati-hati apabila berbicara dan melakukan sesuatu, kerana, lambat atau cepat effect nya kita akan tanggungnya. In Sha Allah, doakan agar Allah sentiasa bersama dengan hati dan diri kita. Amin. Assalamualaikum.