Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Wednesday, 27 March 2013

Redha itu lebih bernilai jika direnungkan.

Assalamualaikum..

 Bila kita reda dengan semua kehendak Allah S.W.T, insyaAllah, setiap apa yang kita fikirkan atau lakukan, terus bertukar menjadi suatu perkara yang positif, kan? Tapi, jika kita sering menyalahkan takdir, sentiasa memberontak, adakah Allah akan memberikan apa yang terbaik untuk kita kelak? Mungkin, sekaranglah waktunya untuk kita muhasabahkan diri kita. Kan?


 Mungkin korang tak faham dengan apa yang aku nak sampaikan pada korang sekarang ni kan? Hmm. Dulu aku pernah terlanjur mencintai seorang hamba Allah ni. Dialah orang pertama yang terpenting dalam hidup aku selain daripada ibubapa ak also my good friends. :) Start dari aku mengenalinya, semuanya bertukar menjadi lebih indah malah sentiasa senyuman itu terukir dibibir aku dan ia takkan pernah pudar.


 Namun semua itu hanyalah sementara yang dipinjamkan oleh Allah buat aku. Aku hampir tersungkur ditengah jalan dengan apa yang telah terjadi. Kejadian tu berlaku dengan masa yang tidak tepat sama sekali. Tapi, Alhamdulillah, kawan, atau jelas serta layak dipanggil sebagai sahabat sejati. Mereka lah yang sentiasa menghulurkan bantuan untuk aku untuk terus berhadapan dengan semua cabaran dan dugaan untuk aku dari Allah S.W.T. Maha Besar kan Allah itu?


 Alhamdulillah, trial SPM tidaklah seteruk yang disangkakan. Kerana itu semua atas bantuan sahabat aku serta hasil usaha aku dan reda atas apa yang terjadi.


 Aku teruskan hidup aku dengan semangat yang membara. Berusaha dan terus berusaha tanpa menunjuk sedikit pun putus asa. Alhamdulillah, result SPM pun taklah menyakitkan hati sangat. :)


 Tiba-tiba hamba Allah tu datang kembali pada aku dengan membawa seribu harapan serta matlamat yang tak pernah aku sangkakan. Dimana harus aku rahsiakan rasa hati aku yang sekian lama terpendamnya?

No comments:

Post a Comment