Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Wednesday 22 October 2014

Dunia makin akhir zaman.

Assalamualaikum.

Doakan moga-moga sahabat semua sihat sejahtera hendaknya. In shaa Allah. Alhadulilah, aku disini sihat-sihat sahaja. Hm! Hari ni bangun agak lewatlah sedikit, why? Sebab semalam tak boleh nak sweet dream sangat. Taklena nak tidur dibuatnya. Biasalah tu kan?


Okay berbalik pada apa yang aku nak post hari ni tentang "Dunia makin akhir zaman". Hm, pastinya korang tahukan apalah dah jadi pada dunia kita sekarang ni. Banyak sangat benda yang terlarang dijadikan sebagai perkara biasa. Nauzubillah.


Ni pasal sambutan "I Want to Touch a Dog", masalahnya benda di buat di kalangan orang islam. Terkejut aku dibuatnya. Itu pasal aku cakap, dunia makin akhir zaman. Dah tak nampak mana yang halal mana yang haram. Doakan agar kita semua tidak terpesong oleh ajaran yang mengarut ni semua. Takleh nak cakap besar-besar juga sebab takut nanti, kita sendiri yang terkena balik. Bagaikan meludah ke langit, tak gitu kawan-kawan? I n shaa Allah, selagi kita jaga iman kita, kita akan selamat dunia dan akhirat. Begitulah hendaknya. Kan?




Hee, ni pon sebab dapat dari group whatsApp.



Hmm, pada keesokkan harinya group whatsApp aku ada post pasal puting beliung yang terjadi di Selangor kalau tak silap aku lah. Tapi wallahua'lam lah. Tapi memang dasyat lah dia punya puting beliung dekat sana. Memang kuat sangat-sangat. Habis benda melayang, atap rumah bagai. Masa tu lah nak ingat Allah apa semua. Bala ni kalau Allah nak bagi kejap je, tak kira masa atau tempat. Benda ni terjadi pon sebab kesalahan manusia dalam melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir sama ada ia baik ataupun buruk. 


Aku ni bukan nak berlagak alim atau banyak ilmu didada, aku pun sama macam korang semua tapi sekadar nak berkongsi dan memberi pendapat, andai pendapat aku salah, tolong tegur bukan memaki hamun apa semua. Kita semua satu ummah kan? Satu agama islam. Jadi kenapa nak keruhkan lagi keadaan, sedangkan Allah memberi bukti kepada kepada bahawa "ISLAM ITU INDAH, MUDAH, TIDAK MENYUSAHKAN UMATNYA". So, tak payah nak sulitkan lagi keadaan tu.


Harap, kita semua dapat ikbar dari semua yang terjadi dalam masa yang terdekat ni. In shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Allah.





No comments:

Post a Comment