Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Wednesday 22 October 2014

Updating...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku on balik, aku punya blog. Ingat ke dah hilang dah. Actually, dah lama dah tak update blog ni. Maaflah, tak sempat. Line internet pon bukan selalu ada. Masa pon sama, tak selalunya free. Doakan agar kita semua duduk dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilimpahi oleh keredhaanNya. In  shaa Allah.


Jam sekarang dah menunjukkan pukul 0305 petang. Dan aku masih lagi tak study. HAHA! Actually minggu ni dah start final exam dah. yang course aku punya start hari Isnin. Ahem, subjeknya DATA STRUCTURE, mak aiii, soalan dah okay dah aku tengok, tapi masa je yang membuat aku tak sempat nak complete semua soalan tu. Silap aku juga sebab buat terlebih masa pada certain question tu. Dah nak buat macam mana, redha je lah kan? In shaa Allah, aku tawakkal pada Allah.


Next paper nya 29th ni, tapi entahlah, study pon tak lagi. Hm, petang sikit kot HAHA! Melampau kan? Ni kalau umi tahu, mampus kena dengar dia punya pot pet pot pet... blablabla. Hm, Dalam fikiran ni asyik fikirkan nak cuti cepat je. Nak habiskan exam cepat-cepat, pointer pon nak tinggi juga tau! Haaaa. In shaa Allah. Last paper nya 4th NOV ni.




Tapi umi ada call aku, cakap nak pegi KL, nak teman adik dia pantang kejap, dia suruh aku follow. Hee, Got new baby boy. Comel ngatttt! Kalau tak silap aku namanya Muhammad Azim, em lupalah. Sorry. Tapi yang ni third baby dah. Yang sulungnya, dah tingkatan 5, yang second dah darjah 6 kalau tak silap aku lah. Alhamdulillah, dapat rezeki lagi lah tahun ni. In sha Allah. Doakan moga dipermudahkan untuk melahirkan baby nanti ye makngah? Tak gitu? Hehehe. Tapi kejap je aku dapat spend time dekat sana, sebab bulan 12 ni dah nak start sem 4 dah. Tapi buat praktikal lah. In shaa Allakh, praktikal dekat Kelantan aje. Tak nak lah pi jauh-jauh, bosan. Home sweet home lah katakan, yedok? HAHAHA!






Hm, rasanya tu aje kot yang nak kongsi buat masa ni. Takde apapun. Saja nak update blog ni, kesian sebab lama sangat dah tinggalkan bendalah ni. Hehehe. Kadang-kadang tak salah jika kita cuba untuk muhasabahkan diri kita untuk beberapa minit pun jadilah. Ramai manusia yang leka kerana  duniawi. Kadang-kadang aku pun sama. Dalam dunia ni, manusia manalah perfect. Kan? So, sama-samalah menasihati antara satu sama lain. Tak salah pun. Kalau orang tu taknak dengar, dah, tak payah nak bagitahu dah, bahagian kita dan selesai untuk tegur apa yang salah dan apa yang betul. Sebihnya berserah pada Allah. In shaa Allah. Salam Asar. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment