Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-

Ucapan dua tiga patah, WALAUPUN... -,-
Assalamualaikum w.b.t. Doakan agar kita semua sihat dan sentiasa dirahmati oleh Allah. In shaa Allah. Nama diberi Nur Fatin Edlina Binti Faisal. Masih berumur belasan tahun. In shaa Allah, hujung tahun depan masuk dalam puluhan lah umurku. Haha. Alhamdulillah, sekarang ni aku sedang menuntut di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Hampir setahun lebih sudah aku menuntut disana. Harapan aku ingin memegang segulung ijazah serta menunaikan hajat kedua orang tuaku. In shaa Allah, jika diri ini masih diberi kesempatan.

Thursday 18 April 2013

Our happiness

Assalamualaikum.


 Haishh, kalau lama tak update ni, biasalah alasannya. Hahaha, internet takde. Kawan-kawan, harap semua sihat dan sentiasa berada dengan keluarga yang tersayang, kalau tak, call terus and say I LOVE YOU!! Haa, ni pon satu hal, aku jadi macam ni pon sebab rindu akan seseorang.


 Guess who? Hahaha, tak lain tak bukan, orang tu ialah umi aku lah. Hmm, baru je balik dari KL, dah kena lempar kat Kedah, cool kan? Takde yang cool pon kat sini. Rasa rindu yang perlu aku curahkan masih ada sisa-sisanya lagi, tak sempat nak main peluk cium dengan umi tuh. Grr --'



 Hanya Allah je yang tahu betapa sengsaranya aku saat berpisah dengan umi. Tapi kan, semalam birthday dia, tapi, aku dah wish dah. Alhamdulillah, but, tak dapat nak celebrate sekali. Takpelah, takde rezeki kan. Tapi takpe, malam sebelum aku berangkat ke Kedah, dia ajak satu family keluar makan kat KFC.



 Bermula disitulah aksi gila-gila kami makin menjadi-jadi. Haha, huuu, legaaaaa. Sebab? Haha, semua picture tu takde dengan aku, kalau tak, dah lama aku upload dalam ni. Allah masih menyelamatkan muka-muka aksi gila dalam picture tu, termasuklah dengan aku. Hahaha!



 Tapikan, ada satu ucapan yang aku bagi sempena birthday umi, nak tengok?? Kita kongsi kegembiraan bersama, okay kawan?


Okay, let's go!
Jap, nak upload, haha.
Okay done :)


Haa, ni lah dia, cantik tak? Hee, perasan je lebih --'





Haishh, yang ni gambar yang di "CLICK!" time dalam kereta. Otw to KFC.




 Haha, rasa happy gila masa tu, kami gelak bagaikannak runtuh satu dunia. Tapi, masa tu lah kami berkongsi kegembiraan bersama sebelum berpisah. Miss that moment.



 Apa yang penting, orang yang berada disamping aku ni lah yang sentiasa bagi semangat untuk aku meneruskan kehidupan ni, tak kiralah benda tu yang membuat kehidupan aku gelap gelita pon, tapi, kerana merekalah, aku masih tersenyum macam sekarang ni. Alhamdulillah, ya Allah.



 Tak semua orang dapat peluang macam yang aku dapat saat ni. Mungkin yang lain mendahagakan kasih sayang dari keluarga mereka sendiri, kan? MasyaAllah. Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibubapa ku, agar mereka dapat melihat kejayaan mereka yang mendidik kami sehingga dapat menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat, amin.



Aku tahu, bukan mudah untuk kita mengenali dunia ni, kan? Pelbagai cabaran yang menanti, pelbagai halangan yang menunggu. Tapi, apakah aku sudah sedia? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Aku hanya mampu berdoa agar, Allah memberikan yang terbaik untuk aku kelak, also korang jugak :) Okay?



 Okaylah, dah lewat malam sangat dah ni. Need some sleep. Ingat, sentiasa muhasabahkan diri, sentiasa merubah diri kearah kebaikan walaupun, ia tak segampang yang diperkatakan oleh setiap manusia. Aku pon sama lah. We're same :).


 Selamat Malam. Assalamualaikum. Take care, kawan. Kiss sikit, muahhhhh :*






No comments:

Post a Comment